Kitaran Haid boleh memberikan banyak gejala, termasuk sakit pada payudara dan ia kerap dikaitkan dengan perubahan hormon semasa kitaran haid. Ia adalah masalah yang kerap terjadi di kalangan wanita dan […]
Kitaran Haid boleh memberikan banyak gejala, termasuk sakit pada payudara dan ia kerap dikaitkan dengan perubahan hormon semasa kitaran haid.
Ia adalah masalah yang kerap terjadi di kalangan wanita dan dipercayai terjadi disebabkan oleh penurunan mendadak hormon estrogen dan pergesteron yang menyebabkan pembengkakkan pada nodus limfa sekitar payu dara dan ini menyumbang kepada kesakitan payudara.
Kesakitan juga mungkin disebabkan peningkatan pada hormon prolaktin yang juga boleh menyebabkan payudara menjadi bengkak.
Gejala
Rasa sakit payudara mungkin berbeza antara seorang dengan yang lain. Sesetengah wanita menggambarkan kesakitan sebagai rasa tidak selesa atau rasa perit manakala sesetengah wanita cuma merasa sakit jika payudara ditekan.
Ciri-ciri lain
Sakit boleh berlaku pada satu atau kedua-dua payudara,
Sakit boleh menjalar kepada ketiak,
Payudara mungkin rasa pedih dan berat
Puting pedih terutama semasa dipicit.
Sesetengah wanita mengalami kesakitan yang berterusan selama beberapa hari, sementara yang lain mendapati kesakitan cuma datang sekejap dan hilang.
Kesakitan menjadi lebih ketara jika wanita memakai bra yang ketat.
Punca-punca lain
Sakit payudara juga mungkin disebabkan oleh masalah perubatan lain seperti;
Saluran susu tersumbat,
Mastitis iaitu radang payudara,
Jangkitan kuman pada payudara,
Payudara fibrosistik,
Sejarah pembedahan payudara,
Penggunaan hormon untuk membesar payudara,
Pengambilan ubat perubatan tertentu seperti : digitalis, methyldopa, spironolactone, diuretik
chlorpromazine, atau oxymetholone,
Kecederaan pada payudara, dan
Kanser Payudara peringkat ke 4.
Rawatan
Sekiranya tiada masalah serius, ubat yang kerap diberikan adalah ubat penahan sakit seperti paracetamol atau NSAIDs.
Wanita juga disarankan untuk mengamalkan;
Pemakaian Bra menyokong payudara dengan lebih baik,
Memakai Bra pada waktu malam,
Mengurangkan jumlah kafein dalam diet dengan menghadkan pengambilan kopi, soda minuman tenaga dan teh,
Mengurangkan pengambilan garam,
Makan multivitamin, dan
Kurangkan aktiviti senaman lasak juga boleh mengurangkan sakit.
Bila perlu jumpa doktor?
Anda perlu berjumpa dengan doktor anda jika kesakitan payudara anda disertai dengan;
Benjolan pada payudara,
Puting mengeluarkan darah atau berbau busuk,
Sakit yang berterusan sampai berminggu-minggu,
Sakit yang menyebabkan anda sukar menjalani kerja rumah, dan
Terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, seperti hangat atau kemerahan pada payudara disertai demam.
Doktor biasanya akan bertanya tentang gejala seseorang untuk menentukan apa yang membuat rasa sakit lebih buruk atau lebih baik dan berapa lama ia berlangsung.
Doc pemakainan bra sewaktu tido lebih baik atau tidak memakai bra sewaktu tido lebih baik?
bergantung kepada puan, bagi saya lebih selesa kalau tidak memakai bra.
Saya dah 8 hari tak datang period LPs tu payudara saya sakit sgt, sensitiviti bila sentuh, lepas tu dia macam size kiri dengan kanan lain yang puting tu, macam ada crack hmm tolong saya sakit apa ni nya
Salam, mungkin nipple crack dan masalah hormon sahaja. Jumpa doktor ye
Dr R Juhaidah adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong dan mempunyai 21 tahun pengalaman sebagai Pakar.
Kategori
Hakcipta
Penggunaan dan/atau duplikasi artikel dari blog ini tanpa kebenaran bertulis daripada pengarang atau pemilik adalah dilarang. Petikan dan pautan boleh digunakan, dengan syarat memberikan kredit penuh dan jelas kepada alamhamil atau alamhamilblog.
Laman Blog ini menyediakan maklumat untuk pengetahuan umum sahaja dan tidak bermaksud untuk memberikan rawatan tepat terhadap sesuatu penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menjadi, atau tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan atau nasihat yang diberikan oleh pengamal perubatan yang lain. Blogger tidak membuat diagnosis untuk penyakit anda atau cadangan tentang rawatan khusus untuk penyakit anda. Anda tidak boleh menganggap bahawa maklumat mengenai topik tertentu pada laman web ini adalah lengkap atau up-to-date. Anda tidak boleh mengabaikan atau membuat kelewatan dari mendapatkan nasihat perubatan kerana apa yang anda telah baca di laman web ini.
Doc pemakainan bra sewaktu tido lebih baik atau tidak memakai bra sewaktu tido lebih baik?
bergantung kepada puan, bagi saya lebih selesa kalau tidak memakai bra.
Saya dah 8 hari tak datang period LPs tu payudara saya sakit sgt, sensitiviti bila sentuh, lepas tu dia macam size kiri dengan kanan lain yang puting tu, macam ada crack hmm tolong saya sakit apa ni nya
Salam, mungkin nipple crack dan masalah hormon sahaja. Jumpa doktor ye