Bila anda hamil, anda akan memberi perhatian kepada diet anda. Sesetengah makanan tidak boleh dimakan kerana anda bimbang ia boleh memberikan kemudaratan kepada janin yang membesar.
Baca lagi : Makanan Yang Perlu di hindar Semasa hamil
Tetapi bagaimana dengan meminum kafein? Jika anda peminum kopi tegar sebelum hamil, tentu anda ingin tahu samada Kafein selamat diminum semasa hamil atau tidak.
Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi ia juga kerap ditemui sebagai ramuan dalam banyak minuman dan makanan.
Jadi amat sukar untuk anda mengelak dari meminum Kafein kerana anda mungkin boleh meminum makanan yang mengandungi kafein dengan secara tidak sengaja.
Walaubagaimanapun jangan risau, Pakar Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) mengatakan adalah selamat untuk meminum kafien mempunyai sehingga 200 mg sehari iaitu bersamaan dengan 2 cawan kopi sehari.
Bagaimana Kafien Boleh Mempengaruhi Ibu Hamil
Kafien walaupun selamat diminum pada jumlah yang sederhana, ia sebenarnya boleh memberikan kesan terhadap ibu dan mungkin juga anak dalam kandungan
Meningkatkan degup jantung
Kafien boleh memberikan tenaga dan meningkatkan kadar denyutan jantung serta tekanan darah. Jika anda mempunyai kesukaran untuk tidur, minum kafein boleh menyebabkan anda makin sukar melelapkan mata.
Ia adalah diuretik.
Diuretik boleh mengurangkan kandungan air dari badan. Ia boleh memberi anda kerap untuk membuang air kecil atau besar. Walau bagaimanapun, dalam jumlah yang sederhana, ia tidak akan menyebabkan dehidrasi.
Ia boleh menyebabkan Anda ketagih.
Jika anda peminum kopi tegar dan berhenti secara tiba tiba anda boleh mengalami gejala ‘withdrawal’ seperti sakit kepala, rasa tak selesa, dan keletihan.
Bagaimana Kafein Mempengaruhi Bayi dalam kandungan
Kafein melalui plasenta dan boleh mempengaruhi sistem badan bayi. Ia boleh merangsang bayi dengan menjadikan ia lebih aktif serta meningkatkan kadar jantung bayi. Jika anda meminum kopi dan perasan yang yang anda aktif dari biasa anda jangan heran kerana ia adalah normal.
Walaubagimanapun setakat ini, kajian menunjukkan ia tiada kaitan dengan peningkatan kadar keguguran, kelahiran pra-matang atau kecacatan bayi jika kafein diminum dalam kuantiti yang sederhana.
Berikut adalah beberapa minuman dan makanan ringan dengan jumlah kafein ada dalam kadar purata.
Produk | Saiz | Kafein |
Kopi Biasa | 1 cawan biasa | 95 mg |
Kopi Decaf | 1 cawan biasa | 2 mg |
Black Tea | 1 cawan biasa | 40 mg |
Teh Hijau | 1 beg teh | 20 mg |
Coklat panas | 1 cawan | 5 mg |
Pepsi | 12 fl. oz | 38 mg |
Coca-Cola | 12 fl. oz. | 34 mg |