Semasa mengandung, adalah amat penting bagi anda mengelak dari memakan makanan yang biasa dimakan semasa anda belum hamil. Ini kerana sesetengah makanan membawa kuman dan bahan pencemaran dan boleh memberikan […]
Semasa mengandung, adalah amat penting bagi anda mengelak dari memakan makanan yang biasa dimakan semasa anda belum hamil. Ini kerana sesetengah makanan membawa kuman dan bahan pencemaran dan boleh memberikan kesan yang negatif kepada kandungan anda.
Makanan yang perlu dihindar
Telur mentah: kerana ia mengandungi salmonella
Daging atau ikan mentah atau separuh masak : kerana ia mengandungi kuman e.coli dan salmonella dan toxoplasmosis. Contoh sushi dan shellfish
Hati lembu : kerana ia mengandungi vitamin A yang berlebihan
Aspartame : pemanis tiruan kerana ia dikaitkan dengan racun
Beberapa jenis ikan : tuna kerana ia mengandungi merkuri
Makanan yang memberi allergi kepada anda
Vitamin E yang berlebihan
Vitamin A yang berlebihan
Tip-tip Untuk Menyediakan Makanan Yang Selamat
Hindar dari mengunakan tin atau jar yang sudah bocor atau tidak mempunyai bunyi pop semasa membukanya.
Nyahbeku sepenuhnya makanan beku didalam peti sejuk seperti daging, sebelum memasaknya, jangan menyahbeku dalam suhu bilik.
Jangan bekukan balik makanan yang sudah dinyahbeku.
Bila membeli belah, hindar dari makanan kurang segar dan yang tidak diletakkan dalam ais.
Sentiasa membasuh tangan selepas menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
Jangan mencampur adukkan makanan.
Basuh sayuran dengan sepenuhnya. Ia mungkin mengandungi salmonella.
Dr R Juhaidah adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong dan mempunyai 21 tahun pengalaman sebagai Pakar.
Kategori
Hakcipta
Penggunaan dan/atau duplikasi artikel dari blog ini tanpa kebenaran bertulis daripada pengarang atau pemilik adalah dilarang. Petikan dan pautan boleh digunakan, dengan syarat memberikan kredit penuh dan jelas kepada alamhamil atau alamhamilblog.
Laman Blog ini menyediakan maklumat untuk pengetahuan umum sahaja dan tidak bermaksud untuk memberikan rawatan tepat terhadap sesuatu penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menjadi, atau tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan atau nasihat yang diberikan oleh pengamal perubatan yang lain. Blogger tidak membuat diagnosis untuk penyakit anda atau cadangan tentang rawatan khusus untuk penyakit anda. Anda tidak boleh menganggap bahawa maklumat mengenai topik tertentu pada laman web ini adalah lengkap atau up-to-date. Anda tidak boleh mengabaikan atau membuat kelewatan dari mendapatkan nasihat perubatan kerana apa yang anda telah baca di laman web ini.
Assalam doctor. Boleh tak makan lada hitam di awal kehamilan?
boleh