
Pendarahan haid yang anda alami setiap bulan tidak sama dengan pendarahan yang berlaku dari kulit yang terluka. Darah haid adalah campuran darah dan tisu dari lapisan rahim anda yang gugur (endometrium).
Bagaimana Haid Terjadi
Haid anda bermula apabila berlaku perubahan hormon menyebabkan lapisan rahim atau endometrium terpisah dari rahim anda yang tumbuh beberapa minggu sebelumnya. Bila lapisan ini gugur, ia menyebabkan salur-salur darah kecil dalam endometrium luka dan pendarahan akan berlaku.
Pendarahan akan berterusan sehinggalah badan akan mengeluarkan faktor pembeku semulajadi untuk mengurangkan pendarahan. Secara perlahan lahan aliran darah akan berhenti dan darah merah akan bertukar ke warna kelabu. Bila dinding rahim luruh sepenuhnya, dinding yang baru mula terbina dan kitaran baru haid akan bermula.
Rupa Darah haid
Darah haid boleh bertukar dari warna merah pekat ke warna kehitaman dan kelabu pada hari hari terakhir haid. Perubahan darah haid juga boleh berubah dari kitaran ke kitaran begitu juga corak aliran dan tempoh pendarahan terjadi.

Aliran darah Haid yang normal dengan gumpalan darah yang kecil.
Warna darah haid anda boleh menjadi petunjuk berapa banyak aliran haid anda yang anda alami. Darah yang merah cerah menunjukkan aliran darah yang laju dan ia agak normal. Walaubagaimanapun jika ia disertai dengan darah beku, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil ‘menorrhagia” iaitu haid yang banyak.
Warna darah yang lebih gelap menunjukkan ia darah yang lebih tua atau aliran yang perlahan.

Darah yang tua atau aliran yang perlahan
Kepekatan darah haid anda juga penting. Darah pekat menunjukkan tisu endometrium yang lebih tebal tapi tak semestinya haid anda banyak.
Aliran akan menjadi nipis beberapa hari kemudian dari warna hitam menjadi lebih muda dan akhirnya haid anda akan berhenti.

Rupa haid disaat hampir habis
Kebanyakan haid akan berakhir selepas 5-7 hari
Bila haid anda menjadi tidak normal
- Jika darah haid anda berketul dengan gumpalan darah yang besar
- Jika anda menukar pad satu jam sekali
- Jika ia melimpah sampai membasahi kain dan kerusi yang anda duduk
- Jika aliran haid melebihi 10 hari

Haid dengan gumpalan darah yang besar menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada rahim anda