Rupa Darah Haid Yang Normal

darah-pada-pad

Pendarahan haid yang anda alami setiap bulan tidak sama dengan pendarahan yang berlaku dari kulit yang terluka. Darah haid adalah campuran darah dan tisu dari lapisan rahim anda yang gugur (endometrium).

Bagaimana Haid Terjadi

Haid anda bermula apabila berlaku perubahan hormon menyebabkan lapisan rahim atau endometrium terpisah dari rahim anda yang tumbuh beberapa minggu sebelumnya. Bila lapisan ini gugur, ia menyebabkan salur-salur darah kecil dalam endometrium luka dan pendarahan akan berlaku.

Pendarahan akan berterusan sehinggalah badan akan mengeluarkan faktor pembeku semulajadi untuk mengurangkan pendarahan. Secara perlahan lahan aliran darah akan berhenti dan darah merah akan bertukar ke warna kelabu. Bila dinding rahim luruh sepenuhnya, dinding yang baru mula terbina dan kitaran baru haid akan bermula.

Rupa Darah haid

Darah haid boleh bertukar dari warna merah pekat ke warna kehitaman dan kelabu pada hari hari terakhir haid. Perubahan darah haid juga boleh berubah dari kitaran ke kitaran begitu juga corak aliran dan tempoh pendarahan terjadi.

Aliran darah Haid yang normal dengan gumpalan darah yang kecil.

Warna darah haid anda boleh menjadi petunjuk berapa banyak aliran haid anda yang anda alami. Darah yang merah cerah menunjukkan aliran darah yang laju dan ia agak normal. Walaubagaimanapun jika ia disertai dengan darah beku, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil ‘menorrhagia” iaitu haid yang banyak.

Warna darah yang lebih gelap menunjukkan ia darah yang lebih tua atau aliran yang perlahan.

Darah yang tua atau aliran yang perlahan

Kepekatan darah haid anda juga penting. Darah pekat menunjukkan tisu endometrium yang lebih tebal tapi tak semestinya haid anda banyak.

Aliran akan menjadi nipis beberapa hari kemudian dari warna hitam menjadi lebih muda dan akhirnya haid anda akan berhenti.

Rupa haid disaat hampir habis

 

Kebanyakan haid akan berakhir selepas 5-7 hari

Bila haid anda menjadi tidak normal

  • Jika darah haid anda berketul dengan gumpalan darah yang besar
  • Jika anda menukar pad satu jam sekali
  • Jika ia melimpah sampai membasahi kain dan kerusi yang anda duduk
  • Jika aliran haid melebihi 10 hari

Haid dengan gumpalan darah yang besar menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada rahim anda

7 responses to “Rupa Darah Haid Yang Normal”

  1. Doctor saya ingin bertanya.. Saya dah habis period tapi ada cecair berwarna coklat yg keluar di faraj tetapi tidak terlalu terang dan tarikh 22 /8/2023 d bwh perut saya terasa sedikit sakit tetapi tdk kuat.. Adakah ini normal doc? Ataupun itu hanyalah darah lama dan mengambil masa untuk keluar?

    1. betul, itu darah lama, biasa berlaku

      1. Tpi doc pada 22/8/2023 harini saya alami period lagi adakah ini normal doc?

      2. nisa, elok jumpa doktor kalau gitu

      3. Saya period pada 9/8/2023 dan habis pda 18/8/2023..selepas itu padw 22/8/2023 saya kedtgn period dan bahagian perut saya cram sama seperti period yg biasa berlaku..apakah yg perlu saya lakukan?
        adakah ini normal ataupun tidak doc? Mohon penjelasaan terima kasih

  2. Saya period pada 9/8/ 23 dan habis pda 18/8/23..slepas itu pada 22 /8/23 saya dtg period lagi dan perut cram sama mcm period2 yg sering berlaku.. Adakah ini normal doc?? Mohon penjelasan sama ada normal ataupun tdk..

    1. kena jumpa doktor tu

Tinggalkan Jawapan kepada Nisa 0606 Batal balasan