Berapa Kali C-section Selamat Untuk Dibuat?

c-section02

Dengan kadar kelahiran c-section semakin tinggi, terdapat lebih ramai wanita yang mempunyai parut cesarean berbanding dahulu. Walaupun casarean merupakan pembedahan yang selamat tetapi risiko pembedahan akan meningkat dengan peningkatan jumlah cesarean yang anda ada.

Risiko Yang Berkait Dengan Cesarean Berbilang

Ia termasuk plasenta previa, plasenta accreta dan histerektomi iaitu pembedahan membuang rahim disebabkan tumpah darah yang berlaku sekiranya wanita mengalami previa atau accreta. Risiko-risiko ini meningkat dengan setiap cesarean dan boleh mempunyai kesan terhadap kesihatan ibu dan bayi. Ramai wanita tidak sedar tentang risiko ini.

Selain dari itu, ibu juga terdedah kepada risiko kecederaan usus, luka pada pundi kencing dan organ-organ lain disekeliling. Pembedahan ini juga secara teknikal lebih sukar untuk dilakukan disebabkan tisu parut yang tebal. Ia juga bermakna pembedahan mengambil masa lebih lama untuk dilakukan.

Oleh yang demikian, doktor selalunya akan menyarankan pembedahan ‘ikat’ (tubal ligation) untuk ibu-ibu yang mempunyai lebih daripada tiga cesarean untuk membantu menggalakkan mereka untuk mengelakkan risiko tambahan pada masa hadapan

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: