Kehamilan akan memberikan perubahan yang kekal pada badan anda tidak kira samada anda melahirkan secara normal atau secara C-seksyen.
Perut boyot, kendur dan “stretch mark” merupakan perubahan yang kerap terjadi. Tetapi bagi mereka yang yang menjalani C-seksyen iaitu lebih kurang 30% dari wanita hamil, mereka terpaksa berhadapan dengan satu lagi perubahan iaitu Parut Pembedahan.
Sekiranya anda salah seorang dari wanita ini, tentu anda akan tertanya-tanya tentang kesan dari mengalami parut pembedahan ini dan juga kesannya terhadap kelahiran akan datang.
Di sini terdapat beberapa persoalan yang kerap ditanya tentang parut C-seksyen.
Berapa Panjang Parut C-seksyen?
Ia agak kecil iaitu lebih kurang panjang diameter kepala bayi anda. Dengan kata lain, antara 4 hingga 6 inci pada paras bikini. Ia dibuat secara mendatar walaupun dalam kes yang jarang berlaku, hirisan terpaksa dibuat dengan secara menegak iaitu dari pusat ke bawah.
Bagaimanakah Rupa Parut C-seksyen Selepas Ia Sembuh?
Jika ia dibuat pada paras bikini, mungkin ia tidak kelihatan dengan jelas. Walau bagaimanpun, pada segelintir wanita parut menjadi sedikit tebal tetapi tidak menyakitkan (Hypertrophic Scar).
Pada awal bulan pertama, parut berwarna merah jambu tetapi selepas beberapa bulan ia pudar menjadi pucat, rata dan berupa garis nipis
Bagaimana Untuk Menggalakkan Parut Sembuh Dengan Baik?
Makan makanan seimbang dengan nutrien yang betul untuk menggalakkan penyembuhan tisu yang sihat. Pastikan parut bersih sepanjang masa terutama dalam tempoh 1 hingga 2 minggu untuk mencegah jangkitan kuman. Elakkan mengangkat benda berat, kerja-kerja rumah atau mana-mana pergerakan kasar yang mungkin mengganggu parut sembuh terutama bagi tempoh enam minggu pertama.
Bolehkah Saya Melahirkan Anak Secara Normal Selepas C-seksyen?
Lebih daripada 99% parut C-seksyen sembuh dengan baik. Ia cukup kuat untuk menahan regangan kehamilan dan tekanan kontraksi rahim. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, parut boleh merekah dan koyak. Koyakan boleh menyebabkan rahim pecah dan berdarah. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan anak.
Komplikasi Lain Yang Mungkin Boleh Terjadi.
Bila parut sudah sembuh dengan betul komplikasi jarang terjadi. Walau bagaimanapun, risiko boleh terjadi pada kandungan seterusnya di mana penyelidik mendapati terdapat risiko yang lebih tinggi untuk mendapat Placenta Previa iaitu uri pada kedudukan bawah.
Placenta Previa dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk pendarahan serius dan Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim akibat dari pendarahan yang tidak terkawal.
Adakah Doktor Akan Membuat Pembedahan Pada Tempat Yang Sama Dengan Pembedahan Terdahulu?
Ya, hampir setiap masa. Sekiranya anda di antara wanita yang perlu menjalani pembedahan C–seksyen, jangan risau kerana dalam kebanyakkan kes, tiada masalah yang akan terjadi terhadap anda. Memang ia meningkatkan risiko komplikasi anda tetapi ia masih lagi pembedahan yang selamat dan di antara pembedahan paling kerap dilakukan di seluruh dunia.
Tumpang bertanya..jika prempuan tu mngalami cyst, adkh ia beri kesan kepada kandungn?
kena pastikan dulu jenis cyst yang puan ada. kena buat ujian Ultrasound melalui faraj. Jika cyst air sahaja tidak akan membhayakan kandungan
Owh.tima ksih ats pnjelsan
Dr, any feminine wash tak baik untuk digunakan, ada cara lain untuk whiten up our labia majora tak? i’ve read somewhere on internet they use tumeric and some yogurt. is it okay?