Apabila Kencing Anda Sakit dan Pedih

cystitis.jpg

Jika anda berasa sakit dan pedih semasa kencing, jangkitan kuman pada pundi kencing mungkin menjadi penyebabnya. Punca lain termasuk jangkitan pada faraj seperti YIS juga boleh menyebabkan rasa pedih masa kencing.

Jangkitan kuman yang lebih serius termasuk chlamydia,herpes, gonorea dan ini adalah jangkitan yang tersebar melalui hubungan seks.

Punca lain termasuk batu karang pada pundi kencing atau alergi pada sabun, minyak wangi dan produk penjagaan peribadi yang lain.

Kencing yang sakit mungkin disertai dengan air kencing berdarah atau demam.


Baca Lagi : Jangkitan Kulat atau Yis Pada Faraj


Siapa Yang berisiko?

Jangkitan kuman pada pundi kencing kerap terjadi pada mereka yang kencing manis dan wanita yang mempunyai pasangan seks berbilang.

Ia juga kerap terjadi kepada wanita yang baru berkahwin dan masih dalam bulan madu yang dipanggil Honeymoon Cystitis.

Diagnosa dan Rawatan

Ujian air kencing ( UFEME: Full Examination, Microscopic Examination) dengan senang dapat memberikan diagnosa terdapat jangkitan kuman dalam air kencing anda dengan menguji kehadiran sel-sel darah putih, sel-sel darah merah, atau bakteria.

Ujian kultur akan disarankan akan dibuat untuk mengetahui jenis jangkitan bakteria yang anda alami.

Ia boleh membantu doktor memberikan antibiotik yang tepat terhadap bakteria anda jangkiti.

2 thoughts on “Apabila Kencing Anda Sakit dan Pedih”

  1. Saya time kencing terlalu sakit bila kencing sikit je keluar..lepas kencing nak berjalan pun sakit,berdiri lama sakit,angkat barang berat pun sakit bila duduk saya kena duduk mengangkat peha sebelah dan tak boleh duduk lama2..doc tolong saya apa cara yang perlu saya buat untuk hilangkan sakit saya nie tanpa ke klinik..

    1. salam, kena tahu dulu sebab sakit dik, bila tahu sebb baru tahu rawatan yang boleh kita berikan. mungkin jangkitan kuman pada pundi kencing tapi elok confirm dulu dengan doktor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: