Adakah Pendarahan Kecil Sebelum Haid Dikira Darah Haid

darah-pada-pad

Mengetahui dengan mendalam tentang kitaran haid anda adalah penting samada untuk mereka yang merancang untuk hamil atau mereka yang ingin mengelak dari hamil.

Secara kasar haid mempunyai 28 hari kitaran. Anda akan berdarah dalam 3 hingga 7 hari dan selepas itu haid anda berhenti sehinggalah kitaran haid yang seterusnya.

Walau bagaimanapun, segelintir wanita mengalami “spotting” atau pendarahan kecil sebelum haid bermula. Soalannya adakah pendarahan ini dikira pendarahan haid?

Bagaimana Membezakan Darah Haid Atau Tidak?

Spotting adalah sedikit pendarahan yang berlaku secara tidak teratur, berbeza dengan darah haid yang lebih consistent dan lebih banyak aliran.

Spotting boleh terjadi disebabkan aktiviti tertentu seperti hubungan seks atau senaman lasak. Ia kerap kelihatan seperti pendarahan kecil pada panti anda. Ia mungkin berupa seperti warna coklat.

Kenapa Ia Terjadi?

1. Kitaran Haid tidak teratur

Kerap terjadi pada mereka yang mempunyai PCOS atau mereka yang hampir menopos.

2. Kaedah Perancang Keluarga

IUCD atau Pil Perancang boleh memberikan masalah sebegini.

3. Luka dan Jangkitan Kuman

Sebarang kecederaan pada faraj boleh menyebabkan pendarahan seperti hubungan seks lasak atau selepas ujian Pap. Jangkitan Kuman Kelamin seperti Conorea, chlamydia atau Babterial Vaginosis kerap memberikan masalah ini.

4. Kehamilan

Pendarahan implantasi boleh gejala menyebabkan pendarahan faraj kecil.

5. Kanser

Kanser Rahim dan Pangkal Rahim terutamanya kerap dikaitkan dengan pendarahan kecil dan pendarahan selepas hubungan seks.

6. Ketumbuhan Bukan Kanser

Selain dari kanser, ketumbuhan bukan kanser seperti Polip Rahim atau Fibroid Rahim boleh juga menyebabkan pendarahan kecil.

Bila perlu jumpa doktor?

Setiap pendarahan bukan haid perlu diberikan perhatian segera untuk memastikan ia bukan berasal dari masalah yang lebih serius seperti kanser. Jumpa doktor anda hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: