Bagaimanakah Virus Human Papilloma (HPV) Menyebabkan Kanser Pangkal Rahim?

HOV-virus

Apabila wanita terdedah kepada virus Human Papillomavirus (HPV), secara semula jadi sistem imun badan akan cuba mencegah virus ini daripada membiak dan memberikan  kemudaratan yang serius pada badan wanita.

Walau bagaimanpun bagi sebilangan kecil wanita, virus kekal hidup sehingga bertahun-tahun pada pangkal rahim dan seterusnya menukar sel-sel normal pada permukaan serviks menjadi sel kanser.

Pada mulanya sel-sel ini menunjukkan tanda-tanda jangkitan HPV tanpa menunjukkan perubahan ketara pada ujian Pap. Tetapi lama kelamaan ia akan berubah menjadi sel Pra Kanser. Sel Pra Kanser boleh hilang secara spontan bagi kebanyakan kes tetapi segelintir dari sel ini akan berubah menjadi sel kanser sebenar.

Kajian setakat ini masih gagal memahami mengapa sesetengah wanita lebih cenderung menghidap kanser pangkal rahim tetapi mereka yang menghisap rokok atau mempunyai berat badan yang berlebihan lebih cenderung untuk mendapat kanser.

Terdapat dua jenis vaksin HPV di pasaran – Cervarix dan Gardasil yang boleh memberikan perlindungan daripada beberapa jenis HPV paling berbahaya.

Jika anda aktif secara seksual, cara terbaik untuk mencegah HPV dan jangkitan kelamin lain adalah untuk kekal dalam hubungan seks saling monogami dengan pasangan yang tidak dijangkiti. Jika tidak, pakai kondom setiap kali berhubungan. Buat ujian pap secara rutin untuk mempastikan anda bebas dari kanser pangkal rahim.

 

 

6 thoughts on “Bagaimanakah Virus Human Papilloma (HPV) Menyebabkan Kanser Pangkal Rahim?”

  1. Saya nak tanya adakah normal kalau period dtg lambat sbb selalu sy period tak pernah lambat and teratur tapi bulan ni sy dtg period lagi and setiap bulan memamg period sy teratur.

      1. Maaf bertanya, adakah ia normal kerana hanya bulan ini sahaja sy tidak period tetapi bulan lepas sy period ? Apakah faktor yg menyebabkan ini terjadi? Terima kasih

  2. Assalamualaikum Dr.
    Sy ada masalah dan sangat memerlukan bantuan Dr. Sy baru berkahwin dan selepas pertama kali bersama dgn suami, sy dapati ada beberapa luka di bahagian lubang faraj sy. Sy ada 2 kali pergi ke klinik dan doctor bagi ubat tapi sekarang dah minggu ketiga luka sy masih tidak sembuh. Luka itu kelihatan lebih kurang seperti ulcer. Luka tu sangat pedih terutama ketika buang air kecil. Sy dah 3minggu berada dalam kesakitan. Sy takut ada jangkitan kuman. Tolong sy Dr. Apa yang perlu sy buat?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: