6 Tanda Amaran Selepas Pembedahan C-Section

c-section02

Pembedahan Cesarean merupakan pembedahan yang selamat untuk ibu dan bayi. Ia sering dilakukan sebagai pembedahan kecemasan apabila berlaku komplikasi semasa proses kelahiran.

Walau bagaimanapun, seperti juga pembedahan yang lain terdapat risiko komplikasi yang pesakit perlu sedari dan ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada komplikasi yang lebih serius.

Berikut adalah tanda-tanda amaran selepas cesarean yang anda perlu berikan perhatian dan jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda begini:

1. Demam Tinggi dan Berlarutan

Demam yang sederhana dan datang sekali sekala agak normal tetapi sekiranya ia masih tidak hilang selepas 24 jam atau suhu bdan melebihi 38 darjah, itu sudah menjadi tanda serius. Anda mungkin  mengalami jangkitan kuman samada pada rahim atau payudara.

2. Sakit Yang Menjadi Lebih Teruk

Sakit selepas kelahiran memang dijangkakan terutama dalam tempoh beberapa hari selepas pembedahan. Sakit akan berkurang dengan banyak selepas 1 minggu dan sakit selalunya akan hilang sepenuhnya selepas 6 minggu. Jika sakit anda masih tidak berkurangan selepas 1 minggu atau tahap kesakitan masih seperti hari pertama, elok berjumpa dengan doktor anda.

3. Sakit dan Bengkak Pada Sebelah Kaki

Kaki bengkak dan sembab memang kerap terjadi di lewat kehamilan dan selepas bersalin. Tetapi sekiranya salah satu kaki anda bengkak di sertai dengan sakit pada betis, ia mungkin tanda Deep Vein Thrombosis ( DVT). Ia adalah komplikasi yang serius dan anda perlu ke bilik kecemasan dengan segera.

4. Semput

Bila perut anda sakit, memang sukar untuk menarik nafas panjang,tetapi sekiranya tiba-tiba anda semput dan sukar bernafas, elok berjumpa doktor dengan segera kerana ia tanda serius.

5. Darah Nifas Semakin Banyak

Pendarahan dari faraj selepas bersalin adalah perkara biasa terutama selepas pembedahan caesaran. Aliran darah akan menjadi semakin sedikit selepas beberapa minggu dan warna darah akan berubah menjadi kecoklatan sehinggalah ia berhenti sepenuhnya.

Tetapi sekiranya aliran semakin banyak dengan ketulan darah beku yang besar, ia adalah serius dan anda mesti berjumpa doktor dengan segera.

6. Keluar Air, Darah atau Nanah pada Luka jahitan

Ini adalah tanda ‘ Wound Breakdown’ di mana luka jahitan sudah dijangkiti kuman. Jumpa doktor dengan segera untuk mengelakkan jangkitan dari merebak.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: