Komplikasi Bersalin: Terlekat Uri

uri.jpg

Pengalaman mengandung dan bersalin tidak sama bagi setiap wanita. Kita kerap diberikan gambaran melalui media seperti televisyen dan juga filem yang proses bersalin cuma melibatkan sesi meneran dan menjerit diikuti dengan kelahiran bayi dengan mudah. Tetapi realiti sebenar agak  jauh berbeza.

Tidak kira bagaimana cara anda bersalin, anda tidak terlepas dari risiko untuk mendapat komplikasi. Salah satu komplikasi bersalin yang kerap terjadi adalah Terlekat Uri.

Peringkat bersalin mempunyai 3 fasa;

  • Fasa 1 adalah fasa di mana pangkal rahim terbuka sehingga 10 cm,
  • Fasa 2 berakhir dengan kelahiran bayi
  • Fasa 3 Pengeluaran uri.

Uri selalunya akan keluar secara sendiri dalam masa 15 hingga 30 minit. Jika tempoh melebihi 30 minit dan uri masih lagi berada di dalam rahim, ia dipanggil Terlekat Uri (Retained Placenta). Dua (2) peratus dari wanita bersalin mengalami komplikasi ini.

Uri adalah organ yang terbentuk di dalam rahim yang membolehkan berlaku pemindahan nutrien, oksigen dan air daripada ibu ke anak.

Apabila bayi dilahirkan uri tidak lagi diperlukan dan ia secara spontan akan merekah dari rahim dan keluar semasa pengecutan rahim.

Walau bagaimanapun, pada segelintir wanita proses ini tidak berlaku menyebabkan uri terperangkap dalam rahim dan berlakulah keadaan Terlekat Uri.

Uri boleh terlekat secara keseluruhan atau cuma sebahagian kecil sahaja yang tertinggal. Jika cuma sedikit uri saja yang tertinggal, diagnosa mungkin sukar dibuat sehinggalah wanita mula mengalami gejala kesan dari uri yang tertinggal.

Siapa Yang Berisiko?

Terlekat Uri boleh terjadi kepada mana-mana ibu tetapi wanita lebih berisiko sekiranya;

  • Pernah menjalani Prosedur D&C sebelumnya,
  • Mempunyai sejarah tertinggal uri pada kelahiran sebelumnya,
  • Bersalin Pra-matang atau mengalami kematian bayi,
  • Bentuk Rahim tidak normal,
  • Proses Bersalin yang Lama (Prolonged Labour).

Gejala-Gejala

Gejala yang kerap terjadi apabila uri terlekat termasuk;

  • Pendarahan berterusan selepas bersalin atau tumpah darah,
  • Demam,
  • Darah nifas berbau busuk,
  • Sakit perut berterusan.

Bagaimana Uri Yang Terlekat Dirawat?

Terdapat dua cara untuk mengeluarkan uri yang melekat.

1. Manual Removal of Placenta atau MRP

Adalah prosedur melibatkan pengeluaran placenta dengan menggunakan tangan. Ia selalunya dilakukan dalam keadaan bius. Tangan akan dimasukkan dengan pelahan- lahan ke dalam rahim dan uri akan dikeluarkan dengan berhati hati dari dinding rahim.

2. D&C

Jika disyaki cuma sebahagian kecil uri tertinggal, doktor mungkin akan menyarankan prosedur D&C. Ia juga dibuat dalam keadaan bius dan anda tidak akan merasa sebarang kesakitan semasa prosedur.

Uri Lekat Semasa Pembedahan Caesarean

Dalam keadaan yang amat jarang berlaku dimana semasa pembedahan c-section, uri didapati melekat dengan kuat dan tidak dapat ditarik keluar dari rahim.

Ini kerana uri bercantum dengan otot rahim dan usaha untuk memisahkannya menjadi mustahil. Keadaan ini dipanggil placenta accreta iaitu merupakan jenis uri terlekat yang sangat serius.

Placenta Accreta boleh membahayakan nyawa kerana akan berlaku tumpah darah yang banyak. Cara rawatan yang ada cuma dengan Pembedahan Membuang Rahim (Hysterectomy).

Jika anda mengalami gejala di atas selepas bersalin, jumpa doktor anda dengan segera.

7 thoughts on “Komplikasi Bersalin: Terlekat Uri”

  1. Assalamualaikum doktor. Saya norain, sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ke 2 (pregnancy ke 4). Saya pernah mengandung 4 kali, tapi first & third pregnancy sy keguguran semasa 1st trimester.

    Second pregnancy saya selamat melahirkan bayi perempuan yang berumur 5 tahun sekarang ni secara normal. Akan tetapi, kelahiran tersebut buatkan saya agak fobia sedikit disebabkan masalah uri melekat. Dan saya tak pasti procedure apa yang digunakan untuk mengeluarkan uri tersebut, yang saya dengar doktor kata mereka perlu korek keluar. Itu saja. Selepas bius, saya dah tak sedar apa2.

    Dan sekarang, saya sangat risau kalau2 terjadi lagi kes uri melekat ni. Saya tinggal di Mersing, daerah yang punya hospital kecil dan kurang kelengkapan. Doktor disini beritahu, sekiranya selepas bersalin nanti uri melekat lagi, mereka akan hantar saya ke hospital bandar JB untuk proses mengeluarkan uri tersebut. Perjalanan Mersing ke JB agak jauh, 2jam menaiki kereta. Dengan ambulans, saya tak pasti. Mungkin lebih lagi.

    Saya ada bercadang nak bersalin di Batu Pahat (di kampung saya) memandangkan hospital di sana adalah besar. Tapi atas kekangan waktu dan kerja suami, takut2 tak sempat nak balik ke kampung (walaupun perjalanan balik kampung pun 2jam juga).

    Saya buntu sekarang ni. Boleh doktor berikan pandangan dan nasihat supaya saya dapat buat keputusan dengan segera?

    1. salam, bila pernah terlekat uri risiko terlekat uri sedikit tinggi pada kandungan seterusnya. elok puan bersalin dihospital yang ada kelengkapan bilik bedah dan doktor pakar.

      1. Terima kasih doktor membalas soalan saya.

        Dulu bersalin uri lekat masa tu september 2013. Saya bersalin di hospital sungai buloh masa tu. Jadi takde masalah sebab memang lepas 30minit baby keluar, uri tak keluar2 jugak terus doktor beri saya sign surat untuk masuk dlm OT.

      2. salam, tak semestinya akan lekat juga masa next pregnancy tapi elok bersalin dihospital yg ada faciliti cukup kalau terlekat lagi senang untuk doktor manage

      3. Baik. Terima kasih doktor atas pandangan yang diberi. InshaAllah saya akan cuba berbincang dengan suami. Terima kasih sekali lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: