Mengapa Kanser Ovari dikatakan ‘ A Silent Killer?

ovari-kanser

Kanser ovari sering dipanggil “silent killer” kerana sering kali wanita menghadapi kanser ini tidak mengalami sebarang gejala sehinggalah kanser tersebut merebak dan berkembang ke peringkat yang lewat.

Tanda-tanda awal kanser ovari sangat ringan, menjadikan penyakit ini sukar untuk dikesan pada peringkat awal.

Tanda-tanda awal termasuk:

  • Perut sentiasa rasa kenyang
  • Tidak selesa atau senak pada pelvis
  • Kembung
  • Sakit Gastrik
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Pendarahan faraj tidak normal
  • Perut Buncit

Kanser Ovari yang dikesan pada peringkat awal mempunyai 90% kadar sembuh tetapi malangnya 75% daripada wanita yang dikesan mengalami barah ovari yang  sudah berada pada peringkat teruk dimana kanser mereka sudahpun merebak ke dalam abdomen dan ini memberikan kadar kematian yang tinggi.

Bagaimana Diagnosa Dibuat

Doktor akan menyarankan pemeriksaan darah tumor marker iaitu Ca125 sebagai ujian saringan. Ujian ultrasound mungkin akan menunjukkan salah satu ovari bengkak atau kedua duanya sekali. MRI dan CT Scan boleh memberikan diagnosa yang tepat.

Adakah Anda Berisiko?

1. Sejarah Keluarga

Sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mengalami kanser ovari seperti ibu atau kakak, risiko untuk mendapat kanser ovari meningkat 5-7%

Wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang kuat boleh memilih untuk menjalani pembedahan pembuangan ovari (oophorectomy). Oophorectomy mengurangkan risiko untuk mendapat kanser ovari sehingga 90 peratus.

2. Penggunaan Bedak dan Pewangi

Penyelidikan mendapati wanita yang menggunakan bedak debu pada kemaluan mereka mempunyai 60 peratus risiko untuk mendapat kanser ovari. Semburan pewangi deodoran juga boleh mengandakan risiko anda.

3. Pil Perancang

Wanita yang menggunakan pil perancang untuk sekurang-kurangnya untuk lima tahun dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser ovari sebanyak 50%. Semakin lama anda menggunakan pil, lebih rendah risiko anda.

4. Bilangan Anak

Wanita yang mempunyai dua atau tiga orang anak boleh mengurangkan risiko sebanyak 30 peratus berbanding wanita yang tidak pernah hamil. Mempunyai lima atau lebih anak mengurangkan risiko sehingga 50 peratus. Risiko akan menjadi lebih kurang lagi sekiranya mereka menyusukan anak mereka.

5. Salur Peranakan yang diikat( Tubal Ligation)

Pembedahan Tubal Ligation akan mengurangkan risiko mendapat kanser ovari sehingga 70 peratus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: