8 Manfaat Senaman Semasa Hamil

senama-semasa-hamil

Mungkin anda pernah mendengar yang wanita hamil tidak digalakkan bersenam kerana ia boleh mengancam kandungan. Tetapi tahukah anda senaman adalah digalakkan semasa hamil kerana mempunyai manfaat besar bagi anda dan bayi anda.

Samada ia senaman ringan seperti berjalan-jalan sekeliling taman atau sesi singkat regangan atau yoga, senaman sebenarnya sudah terbukti secara saintifik:

1. Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan

Dalam kajian yang diterbitkan tahun 2012, wanita yang aktif dengan aktiviti senaman mempunyai kurang risiko untuk mendapat kencing manis semasa hamil. Mereka juga kurang berkemungkinan untuk mendapat bayi yang besar (macrosomia). Hamil dengan bayi yang lebih berat boleh membawa kepada komplikasi terhadap ibu dan bayi termasuk pembedahan caesarean.

2. Badan Pulih dengan Cepat

Lebih kerap anda bersenam, lebih cepat fizikal anda pulih semasa pantang.  

3. Meningkatkan mood anda

Kajian mendapati bahawa senaman semasa hamil membantu mengurangkan kemurungan. Senaman mengalakkan rembesan hormon Endorfin yang membantu meningkatkan mood di samping  mengurangkan tekanan dan rasa bimbang.

4. Tekanan darah lebih terkawal

Pre-eclampsia adalah keadaan di mana tekanan darah menjadi tinggi semasa hamil. Senaman didapati menurunkan risiko dan mengurangkan tekanan darah.

5. Mengurangkan sakit belakang dan pelvis

Bayi yang membesar menambahkan beban pada badan anda dan disebabkan perut anda yang membonjol ke depan, pusat graviti anda beralih menyebabkan urat belakang menjadi sakit. Senaman boleh menguatkan otot perut dan urat belakang sekaligus mengurangkan rasa sakit.

6. Melawan rasa letih

Walaupun nampak agak tidak logik, senaman sebenarnya terbukti mengurangkan rasa letih. Cuba bermula dengan senaman ringan dan anda akan dapati terdapat perbezaan yang besar dalam tahap tenaga anda.

7. Tidur Lebih Lena

Ramai wanita hamil mengalami masalah sukar tidur dan kajian mendapati apabila mereka mula bersenam, didapati kualiti tidur mereka menjadi lebih baik.

8. Melegakan sembelit

Sembelit merupakan masalah yang kerap terjadi kepada wanita hamil. Disebabkan perubahan hormon, usus menjadi tidak aktif dan sembelit terjadi. Senaman didapati boleh mengurangkan sembelit walaupun dengan aktiviti berjalan singkat selama 10-20 minit.

Mulakan senaman rutin anda

Bermula dengan senaman yang ringan dan perlahan-lahan tingkatkan tahap senaman anda. Anda boleh bermula dengan tempoh lima minit  – seperti berjalan pantas dan menambah lima minit pada setiap minggu sehingga anda boleh kekal aktif selama 30 minit.

Elakkan senaman yang melibatkan aktiviti melompat atau sukan lasak.

Berhenti bersenam jika anda mendapat pening, sukar bernafas atau mengalami kontraksi pada perut.

Bila Senaman tidak sesuai untuk anda

Sekiranya anda mengalami masalah perubatan kronik seperti sakit jantung atau didapati mengalami kehamilan tergugat atau placenta previa anda, senaman boleh memberikan masalah kepada anda dan kandungan anda.

Dapatkan nasihat doktor sebelum bermula dengan senaman yang anda inginkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: