Bahaya Membeli Ubat Clomid ‘Online’

clomid

Clomid (Clomiphene) adalah ubat subur yang sangat popular, tetapi ia tidak sesuai untuk setiap wanita dan bukan penyelesaian untuk semua masalah kesuburan.

Jika Clomid diambil tanpa pengawasan doktor dan dalam dos yang salah, ia boleh memberikan kesan serius.

Clomid disarankan kepada wanita yang mengalami masalah ovulasi. Clomid tidak sesuai kepada wanita yang mengalami fibroid, endometriosis dan sista ovari.

Sekiranya diambil wanita mungkin akan terdedah kepada komplikasi dan boleh mengurangkan lagi peluang untuk hamil.

Mereka yang mengalami masalah kemurungan, pengidap penyakit hati sama sekali tidak dibenarkan untuk mengambil clomid dan ia mungkin boleh mengancam nyawa.

Mengambil dos yang betul adalah penting dan setiap wanita memerlukan dos yang berbeza. Jika dos yang salah, ia boleh memberikan akibat yang buruk.

Dos yang terlalu tinggi boleh merosakkan ovari dan meningkatkan risiko kanser ovari dalam jangka masa panjang. Selain dari itu, clomid boleh menyebabkan sindrom hyperstimulasi iaitu satu keadaan dimana ovari menjadi terlalu bengkak dan perut dipenuhi air. Ia selalunya dikaitkan dengan dos clomid yang terlalu tinggi dan diambil tanpa pantauan doktor.

Ada juga kemungkinan ubat yang anda beli ‘online’ bukan ubat sebenar dan tiada kesan langsung terhadap ovulasi anda. Lebih serius, ubat tersebut mengandungi toksin yang boleh merosakkan sistem peranakan anda.

Kesimpulannya, jika anda ingin membeli ubat subur seperti clomid, fikirkan tentang risiko yang mungkin akan dialami.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s