Perkara penting perlu anda lakukan sebelum bercadang untuk hamil

merancang-hamil

Anda dan suami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan menjadi ibu dan ayah kepada bayi comel, TETAPI tunggu! Pastikan diri anda berada dalam keadaan optimal dahulu untuk mendapatkan kehamilan yang terbaik. Ada beberapa isu penting yang anda harus lakukan sebelum melangkah ke alam kehamilan.

Makan asid folik

Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari dan untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum mengandung.

Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf janin seperti spina bifina.

Jangan merokok dan meminum alkohol

Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dengan bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki.

Kurangkan minuman berkafin

Terlalu banyak minuman kafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk menyerap zat besi, meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur-ansur dan gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walau bagaimanpun anda masih boleh mengambil minuman berkafin satu cawan sehari semasa mengandung.

Pastikan berat badan optimal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang normal, anda lebih senang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan meraka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil.

Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dengan mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk menguruskan berat badan anda.

Simpan cuma makanan yang sihat sahaja dalam peti sejuk.

Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dengan amalkan memakan buah-buah dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yang anda perlukan sebagai persedian untuk hamil.

Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau jus yang kaya dengan kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dengan kandungan merkuri, bahan yang boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.

Bersenamlah

Mulalah bersenam secara teratur dan anda akan dihadiahkan dengan badan yang sihat semasa hamil. Tambahan pula, peluh yang keluar boleh mengurangkan tekanan yang boleh mengganggu peluang anda untuk hamil. Senamrobik, weight training dan yoga 2-3 kali seminggu boleh menambah stamina anda sekaligus meninggikan peluang anda untuk kehamilan yang sihat.

Jumpa doktor gigi anda!

Jangan sesekali lupakan tentang kesihatan mulut anda. Gigi dan gusi yang terkena jangkitan dikaitkan dengan keguguran dan kelahiran pra-matang. Ada juga penyelidikan mengatakan ia boleh meninggikan risiko pre-eclampsia, sejenis penyakit darah tinggi semasa mengandung.

Pastikan anda mendapat kesihatan gusi dan gigi yang optimal kerana perubahan hormon yang berlaku semasa hamil boleh menyebabkan gigi dan gusi anda yang telah tersedia rosak, menjadi semakin teruk semasa hamil.

Pastikan anda tahu sejarah perubatan keluarga anda dengan mendalam.

Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah kelahiran cacat, down syndrome, kelahiran kembar, thalasemia dan sebagainya, pastikan doktor anda diberitahu kerana sekiranya ada, mungkin anda dan pasangan anda perlu untuk menjalani ujian genetik sebelum anda bercadang untuk hamil.

Jumpa doktor anda

Sebelum cuba untuk mengandung, disarankan anda berjumpa dengan doktor untuk beberapa siri ujian dan pemeriksaan untuk memastikan samada badan anda benar-benar bersedia untuk hamil. Ujian antibodi untuk chicken pox dan rubella mungkin akan diambil sekiranya anda masih belum dijangkiti.

Anda mungkin dinasihatkan untuk mendapatkan immunisasi terhadap jangkitan ini sekiranya ujian antibodi didapati negatif. Sekiranya anda mendapat jangkitan ini semasa hamil, anda boleh mendapat komplikasi yang serius. Sekiranya anda bercadang untuk mengambil vaksin tersebut pastikan anda tidak hamil sekurang-kurang untuk sebulan selepas suntikan.

Kira hari anda subur

Mengetahui hari subur anda dengan tepat boleh meninggikan peluang hamil. Bagi mereka yang mempunyai kitaran haid yang normal, anda boleh mengira hari subur anda dengan mengira tarikh ovulasi. Untuk lebih tepat, catatkan suhu badan asas (BBT) setiap pagi dan perhatikan perubahan mukus yang keluar dari faraj. Terdapat juga kit ovulasi di farmasi dan kedai ubat tapi ia mungkin agak mahal.

Hindari dari jangkitan!

Sangat penting untuk anda mengubati segala jenis jangkitan kuman yang ada sebelum hamil terutamanya yang mungkin akan memudaratkan kandungan anda. Jauhkan dari makanan separa masak seperti susi mentah.

Makanan sebegini mungkin mengandungi kuman-kuman berbahaya yang boleh memudaratkan bayi anda dan meninggikan risiko untuk keguguran dan kematian anak dalam rahim. Basuh tangan selalu apabila mengendalikan makanan dan pastikan peti sejuk anda berada pada suhu yang optimal untuk mengurangkan pembiakan kuman pada makanan.

Pakailah sarung tangan semasa mengendalikan tanah atau semasa menguruskan najis kucing. Toxoplasma yang terdapat dalam tanah dan najis kucing boleh menjangkiti anda dan memberi kesan kepada kandungan anda.

Hindarkan bahaya persekitaran!

Sesetengah kerja boleh memberikan bahaya kepada anda dan bayi. Sekiranya anda secara rutin terdedah kepada bahan kimia dan radiasi, anda perlu membuat sedikit perubahan sebelum mencuba untuk hamil.

Perlu diingatkan, sesetengah produk seperti pestisid, alat pencuci dan plumbum dalam air minuman boleh memberi bahaya kepada bayi yang terbentuk. Berbincang dengan doktor tentang cara terbaik untuk mengatasinya

Dan juga,….fikirkan..adakah anda betul-betul bersedia untuk menimang cahayamata! Menjadi ibu dan bapa merupakan tanggungjawab seumur hidup dan adalah penting untuk anda dan suami bersedia sepenuhnya untuk itu.

Terdapat beberapa kunci pertanyaan untuk diambil kira:

  • Adakah anda berdua sudah komited untuk menjadi ibubapa
  • Adakah anda sudah terfikir bagaimana untuk menangani tanggungjawab menjaga anak dan mengimbangi kerja dan keluarga
  • Adakah anda bersedia untuk membuang tabiat lama seperti tidur pada hari minggu, menonton wayang dan sebagainya
  • Adakah anda bersedia untuk mengaji orang gaji atau mencari penjaga untuk menjaga anak sekiranya anda perlu keluar rumah tanpa bayi.
  • Adakah anda sudah bersedia secara emosi, fizikal dan financial.
  • Sekiranya jawapan anda adalah YA…anda sudah bersedia untuk jadi ibu dan bapa.

Selamat Mencuba!!

Advertisements

4 thoughts on “Perkara penting perlu anda lakukan sebelum bercadang untuk hamil

  1. amira Jun 18, 2017 / 9:49 pm

    Assalamualaikum doktor saya nak tanya sejak kebelakangan ni haid sya tak teratur bln 3 dalam 1minggu tu Sya hanya haid 4hari dan bln 4 pun macam tu juga tapi hanya sedikit darah yg keluar berwarna merah kecoklatan dalam bln 5dan6 Sya langsung tak haid Sya tak tahu kenapa jadi Cam tu .. bila saya check air kencing ( -) pernah Sya jumpa doktor Sya menyatakan yg saya salah makan jamu dan bagi ubat saya minum tapi, masih Sya tak haid lg 😔😔

    • drju Jun 19, 2017 / 5:20 am

      Haid tak teratur disebabkan hormon tak stabil hasil ovari puan yang tidak bertelur. elok jumpa doktor untuk ujian darah,

  2. Weimey Amylooi September 14, 2017 / 5:14 am

    Dr saya nak tanya pada hari selasa sya membuat test upt dan sya dapati ada dua line tapi satu line tak terang itu menandakan sya hamil.jadi utu kepastian saya test lagi keesokan hari tapi hasil test upt negitif adakah saya jadi saya nak tanya kenapa jadi mcm tu…

    • drju September 14, 2017 / 9:24 am

      ada dua kemungkinan, puan mungkin hamil tapi gugr sangat awal- (baca kehamilan kimia) atau puan tidak hamil ( test tidak betul). Buat beta HCG kalau concern. boleh confirm 100% kalau hamil atau tidak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s