Lendir yang keluar dari vagina atau keputihan kerap terjadi di kalangan wanita dan ia terjadi kepada setiap peringkat usia. Keputihan faraj normal adalah gabungan air, bakteria dan sel-sel mati dari […]
Lendir yang keluar dari vagina atau keputihan kerap terjadi di kalangan wanita dan ia terjadi kepada setiap peringkat usia. Keputihan faraj normal adalah gabungan air, bakteria dan sel-sel mati dari lapisan dinding faraj anda yang dirembeskan setiap hari dari vagina.
Kebanyakkan dari lendir ini adalah rembesan badan semulajadi dan tidak membahayakan, walau bagaimanapun segelintir dari lendir ini mungkin tanda suatu yang tidak normal pada sistem peranakan anda.
Persoalannya adalah bagaimana untuk mengetahui ia normal atau tidak normal
Berikut adalah beberapa ciri keputihan yang boleh membezakan samada ia normal atau tidak.
Tebal dan berwarna putih
Jika ia berlaku beberapa hari sebelum haid bermula dan beberapa hari selepas haid berakhir, keputihan ini selalunya normal.
Tebal dan berwarna putih
Nipis dan tidak berwarna seperti telur putih
Jika rembesan ini berlaku dengan banyak di tengah bulan ia bermakna anda dalam tempoh subur. Rembesan lendir ini menjadi pelincir bertujuan untuk melancarkan perjalanan sperma ke dalam rahim, jadi ia normal dan semulajadi.
Nipis dan tidak berwarna
Keputihan sedikit berwarna coklat
Keputihan ini normal sekiranya ia berlaku selepas haid anda tamat. Ia cuma menunjukkan terdapat sedikit darah haid lama anda yang masih tertinggal di dalam faraj.
Sedikit bewarna coklat
Keputihan berair tidak berbau dan tidak gatal
Sekiranya ia tidak berbau atau berbau sedikit sahaja dan tiada rasa gatal, tiada sebab untuk anda risau.
Jernih dan tidak berbau
Keputihan tebal disertai dengan gatal
Faraj yang gatal selalunya menunjukkan anda mengalami jangkitan dan sekiranya ia disertai dengan keputihan yang pekat, anda mungkin mempunyai jangkitan yis, bacterial vaginosis atau jangkitan lain yang perlu dirawat.
Keputihan Tebal
Keputihan berwarna kuning kehijauan
Keputihan selalu berwarna putih tetapi sekiranya ia disertai dengan warna kehijauan, ia mungkin menunjukkan ada jangkitan serius seperti Jangkitan trichomoniasis yang dijangkiti melalui hubungan seks. Jangkitan ini kerap disertai dengan bau yang busuk, gatal dan pedih pada faraj.
Warna hijau mungkin tanda Jangkitan trichomonas
Keputihan bercampur darah
Keputihan bercampur darah selalunya tanda berlaku radang pada pangkal rahim tetapi ia juga mungkin tanda serius seperti kanser serviks. Jika ia berlaku, sudah tiba masanya untuk anda buat ujian pap atau berjumpa pakar sakit puan anda.
Keputihan bercampur sedikit darah
Apa yang perlu anda lakukan?
Sekiranya anda kerap mengalami keputihan dan anda masih tidak pasti ia normal atau tidak, eloklah anda berjumpa dengan doktor kerana jangkitan kuman yang tidak dirawat boleh memberikan komplikasi yang serius pada sistem peranakan anda.
Dr R Juhaidah adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong dan mempunyai 21 tahun pengalaman sebagai Pakar.
Kategori
Hakcipta
Penggunaan dan/atau duplikasi artikel dari blog ini tanpa kebenaran bertulis daripada pengarang atau pemilik adalah dilarang. Petikan dan pautan boleh digunakan, dengan syarat memberikan kredit penuh dan jelas kepada alamhamil atau alamhamilblog.
Laman Blog ini menyediakan maklumat untuk pengetahuan umum sahaja dan tidak bermaksud untuk memberikan rawatan tepat terhadap sesuatu penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menjadi, atau tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan atau nasihat yang diberikan oleh pengamal perubatan yang lain. Blogger tidak membuat diagnosis untuk penyakit anda atau cadangan tentang rawatan khusus untuk penyakit anda. Anda tidak boleh menganggap bahawa maklumat mengenai topik tertentu pada laman web ini adalah lengkap atau up-to-date. Anda tidak boleh mengabaikan atau membuat kelewatan dari mendapatkan nasihat perubatan kerana apa yang anda telah baca di laman web ini.