Tiada Haid Tapi Tidak Hamil

ovulasi-kit

Tiga ujian air kencing tidak menunjukan saya hamil, tapi mengapa saya masih tidak datang haid?

Ada beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku.

Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid.

Kadang-kadang wanita terpaksa mengambil ubat menolong mengatasi ketidak seimbangan hormon ini supaya mereka mempunyai kitaran haid dengan normal tetapi sekiranya anda tidak mengalami haid selama 3-4 bulan berturut-turut, dan ujian didapati negatif, anda perlulah berjumpa dengan doktor kerana mungkin anda mengalami masalah seperti berikut:

Terlalu banyak hormon prolaktin

Sekiranya terlalu banyak hormon prolaktin, wanita mungkin tidak akan mengalami haid berbulan-bulan lamanya. Kita selalunya menghasilkan hormon prolaktin semasa menyusu badan anak, sebab itulah, kita tidak dating haid diwaktu itu, sekiranya ini terjadi kepada anda, mungkin anda akan perasan sedikit cecair seperti susu keluar dari putting. Keadaan ini selalunya dirawat mengunakan ubat.

Masalah tiroid berlebihan

Sekiranya kelenjar tiroid anda tidak berkerja dengan betul, ia boleh menganggu haid anda. Simtom-simtom lain termasuklah keletihan yang berpanjangan, rambut gugur, kenaikkan berat badan, rasa sejuk yang berpanjangan. Sedikit ujian darah boleh menentukan samada anda mengalami masalah ini.

7 thoughts on “Tiada Haid Tapi Tidak Hamil”

  1. Assalamualaikum sy yati sy sudh bru 2 bln lbh brkhwin tpi 2 bln jgk period sy xdtg sy bt uren test hasilnya negatif blh sy thu ape pncanya terima ksh..

  2. Assalamualaikum saya Laila umur 45thn sebelum ni saya datang haid terlampau banyak dan berketul dlm 3 ke 4 bln dan selepas itu haid saya terhenti dlm 4 bln kebelakangan ini .sudah jumpa doktor urin test memang x mengandung sebab saya sudah ikat peranakkan,saya nak tahu adakah ini tanda menopos atau saya ada masalah lain.saya baru ni ada membuat medical check up x ada masalah .boleh x tolong bagi penjelasan sekian terima kasih

    1. Salam, medical checkup yg puan buat tu dgn doktor pakar sakit puan dan jika yes, adakah ujian ultrasound faraj dibuat , jika tidak , puan kena berjumpa dgn pakar yang arif dgn kelengkapan ultrasound faraj, haid yang berketul dan terlampau banyak selalunya dikaitkan dengan ketumbuhan dalam rahim, jgn tunggu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: