Pil Perancang dan risiko di awal kehamilan

pil

Soalan
Adakah pil perancang boleh menyebabkan kecacatan janin jika diambil semasa awal kehamilan?

Jawapan:

Setakat ini tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan pil perancang yang diambil secara tidak sengaja semasa awal kehamilan meningkatkan risiko kecacatan janin.

Satu kajian dalam tahun 2009 menyarankan bahawa terdapat peningkatan risiko kearah bayi kurang berat badan dan juga kelahiran pra-matang.

Ia juga secara teori dikaitkan dengan masalah tumbesaran organ seksual janin perempuan tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh secara klinikal yang mengaitkan pil perancang dengan komplikasi-komplikasi diatas.

Mungkin sukar untuk anda mengenali tanda-tanda dan gejala kehamilan semasa mengambil pil perancang terutama pil perancang jenis MINIPIL yang mengandungi progestin yang boleh membuatkan anda loya, muntah, sakit payu dara dan haid yang tidak teratur kerana ia juga merupakan tanda kehamilan awal.

Jadi sebagai langkah berjaga jaga, hentikan pengambilan pil perancang sekiranya anda mengesyaki yang anda mungkin hamil. Gunakan condom buat sementara waktu sehinggalah anda pasti yang anda betul betul tidak hamil.

Jika anda disahkan hamil, jangan risau kerana risiko terhadap janin adalah rendah. Jumpa dengan doktor dan berbincang untuk maklumat yang lebih tepat.

Anda juga disarankan untuk menjalani ujian US kerana mengambil pill perancang semasa hamil memberi sedikit risiko untuk kehamilan diluar rahim.

4 thoughts on “Pil Perancang dan risiko di awal kehamilan”

  1. nie doktor saya mahu tumpang tanya .. saya dah dekat 2 bulan tak datang haid .. sebelom2 tu ada datang haid tapi tiap bulan tidak teratur .. Dan sampai sekarang dah dekat 2bulan tidak datang .. sama selera makan saya makin berkurang .. makan pun sikit saja .. rasa badan pun kadang pndai sakit

  2. Salam doktor saya baru berusia 19tahun, pada bulan ramadan ni saya 3 kali datang haid pada hari pertama tkpuasa dan tak rasa senguggut darah yg keluar cuma setompok2 sahaja, pertengahan puasa ni datang lagi tapi tak senguggut darah still setompok2 sahaja dan sakit pinggang,breast lepastu period dah habeh 20 jun ni pulak saya senguggut yg amat sakit dan keluar darah yg sangat banyak, apakah dia kurang baik?

    1. kalau haid adik tidak teratur sebelum mungkin disebbkan hormon tka stabil. kalau banyak sanagt jumpa doktor utk hentikan pendarahan itu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: