Bolehkah hubungan seks menyebabkan keguguran?

seks-semasa-hamil

Ini adalah persoalan yang kerap ditanya oleh bakal ibu dan bapa. Setakat ini, kajian menunjukkan tidak ada bukti keguguran boleh disebabkan oleh hubungan seks semasa hamil dengan syarat kehamilan anda normal.

Keguguran yang terjadi semasa beberapa minggu pertama kehamilan lebih dikaitkan dengan masalah kromosom tidak normal. Jadi keguguran tidak dapat dicegah.

Semasa hubungan seks, air mani mengandungi bahan yang dipanggil prostaglandin yang boleh menyebabkan rahim anda mengecut semasa climak. Jika kehamilan anda normal, kontraksi ini tidak cukup kuat menolak janin anda keluar dari rahim.

Lagipun, otot rahim yang kuat dan kantung yang berisi air melindungi janin dari gegaran semasa hubungan seks. Ditambah lagi dengan adanya mukus tebal yang menutup liang pangkal rahim melindungi janin daripada jangkitan kuman.

Bilakah hubungan seks menjadi selamat?

Jika kehamilan anda normal, anda boleh melakukan hubungan seks dengan selamat pada semua peringkat kehamilan. Kehamilan yang normal bermaksud  kehamilan yang kurang berkemungkinan untuk mendapat komplikasi seperti keguguran atau kelahiran pra matang.

Bilakah hubungan seks perlu dielakkan?

Terdapat beberapa keadaan di mana hubungan seks patut dihindari. Ini termasuk antaranya apabila cecair amnion yang bocor iaitu ketuban pecah, jika anda hamil kandungan kembar atau anda mengalami pendarahan faraj yang tidak dapat dikenal pasti puncanya.

Anda juga disarankan tidak melakukan hubungan seks sekiranya doktor anda mendapati uri pada kedudukan bawah atau anda berisiko untuk mengalami kelahiran pra matang.

Anda juga patut mengelak melakukan hubungan seks sekiranya anda mengesyaki pasangan anda mungkin mengalami jangkitan kuman kelamin seperti herpes atau chlamydia kerana anda boleh dijangkiti dan memindahkan kuman tersebut kepada bayi anda.

gugur

Apakah yang boleh menjadi punca keguguran?

Kajian menunjukkan bahawa keguguran berlaku antara 10 hingga 25 peratus kehamilan. Tetapi sekiranya data ini mengambil kira kehamilan kimia, kadar keguguran menjadi berganda iaitu di antara 50 hingga 75 peratus.

Keguguran kimia adalah keguguran yang berlaku sejurus selepas implantasi. Ini diikuti dengan pendarahan faraj yang berlaku sekitar tempoh masa haid ibu dan menyebabkan ramai ibu tidak menyedari mereka sebenarnya hamil.

Terdapat syarat-syarat penting untuk menghasilkan kehamilan yang berjaya. Badan ibu perlu sihat dan berupaya untuk membekalkan bayi dengan jumlah hormon dan nutrien yang mencukupi.

Janin juga perlu terhasil daripada telur dan sperma yang sempurna bermula saat kejadian sehingga dilahirkan. Kegagalan untuk memenuhi syarat penting ini boleh membawa kepada kehamilan yang berakhir dengan keguguran.

Sebab-sebab utama keguguran adalah seperti berikut:

  • Usia ibu yang semakin berumur meningkatkan risiko keguguran
  • Kromosom Janin tidak normal
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti meminum alkohol, obesiti dan merokok
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid dan darah tinggi
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s