Demam Selsema (Flu) Semasa Hamil

demam selsemaKehamilan akan menyebabkan berlaku perubahan ketara pada sistem imun, jantung dan paru paru membuatkan wanita hamil kerap mengalami jangkitan kuman termasuk jangkitan virus influenza atau lebih dikenali sebagai flu virus iaitu penyebab demam selsema.

Wanita hamil yang dijangkiti virus flu bukan sahaja berisiko untuk mendapat radang paru paru dan menjadi satu sebab kemasukan ke hospital semasa hamil. tetapi Ia juga boleh memberi risiko terhadap janin. Kajian mendapati penghidap selsema yang hamil lebih berkomplikasi untuk keguguran, kelahiran pra-matang, dan berat badan bayi yang rendah semasa dilahirkan.

Apakah Gejala selesema semasa Hamil

Gejala-gejala selesema termasuk:

  • Sakit kepala
  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Keletihan
  • Sesak nafas / Batuk
  • Hilang selera makan
  • Cirit-birit atau muntah
  • Menggigil secara tiba-tiba
  • Demam
  • Sakit Seluruh badan

Bagaimana saya boleh mencegah dari selesema semasa hamil?

Terdapat beberapa langkah mudah untuk mengurangkan risiko selsema termasuklah kerap mencuci tangan anda, jauhi dari  makan makanan yang tidak sihat, tidur yang cukup, dan menjauhkan diri dari mereka yang mengalami demam selesema. Walau-bagaimanapun cara yang paling berkesan ialah dengan mendapatkan suntikan vaksin Flu.

Adakah Vaksin Flu Selamat Semasa hamil?

Vaksinasi Flu terbukti selamat untuk ibu yang mengandung termasuk bayi dalam kandungan. Wanita hamil boleh mendapatkan vaksin flu pada sebarang masa di sepanjang kehamilan mereka. Selain dari mencegah selsema, vaksin flu juga mempunyai manfaat positif untuk bayi dalam kandungan.

Selepas suntikan vaksin, antibodi yang terjadi akan mengalir dari ibu kepada bayi dalam kandungan. Antibodi tersebut boleh melindungi bayi dari selsema sehingga 6 bulan selepas dilahirkan. Kajian juga mendapati bahawa pencegahan selesema di kalangan wanita hamil melalui imunisasi boleh memberikan pertumbuhan positif terhadap bayi dalam kandungan dan di luar kandungan.

Ia juga terbukti selamat untuk ibu yang menyusu badan dan antibodi yang terbentuk akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu dan mengurangkan risiko bayi dari mendapat jangkitan flu sehingga 6 bulan selepas dilahirkan.

Bagaimana jika saya dijangkiti Flu semasa hamil?

Jika anda mula mengalami gejala selesema, hubungi doktor anda serta-merta. Doktor anda boleh memberikan anda ubat antivirus yang selamat untuk anda. Mengambil antivirus sebaik sahaja anda mengetahui anda sakit boleh mengurangkan tempoh sakit anda. Selain dari itu dapatkan rehat dan minum air secukupnya untuk mengurangkan dehidrasi. Sekiranya terdapat demam dan sakit, paracetamol selamat untuk dimakan.

Di Saat Kecemasan

Jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, dapatkan rawatan kecemasan dengan segera sekiranya anda:

  • Sukar bernafas atau sesak nafas
  • Sakit pada dada atau perut
  • Pening secara tiba-tiba
  • Muntah yang teruk atau berterusan
  • Kurang atau tiada pergerakan bayi.
  • Demam yang tidak berkurang walau dengan memakan ubat.

7 responses to “Demam Selsema (Flu) Semasa Hamil”

  1. Anak saya berumur 36 tahun dan sdg hamil anak sulong , usia kandungan 5 bln, dia demam influenza dan mempunyai semua gejala yg di sebut, tetapi dia tidak di berikan suntikan ketika mendapatkan rawatan di hospital, doktor cuma memberi ubat demam dan ubat selsema, demam dia tak berkurang, apakah langkah yg perlu dia ambik sekarang doktor?

    1. Influenza bukan bacteria jadi kita tak bagi injeksi antibiotik. Jgn risau puan , gejala akan hilang tak lama lago. Rawatan tu sudah betul.

  2. Jika tidak suntik vaksin flu untuk ibu hamil. sedangkan mengalami masalah demam dan flu.apakah ada kesan dr.

    1. vaksin untuk cegah dapat flu tapi klau dah dapat, selalunya doktor akan bagi antivirus bukan vaksin

    2. kesan terhadap bayi ade tapi kalau dah 12 minggu keatas, kesan sgt low

  3. hai dr ,saya nak tnya ..skrng kandungan saya masuk 5 mnggu saya mengalami demam teruk dan flu yg teruk …bersin tidak berhnti smpai mata bengkak merah..boleh sya tahu adakah berisiko tnggi ???adakah saya perlu berjumpa doctor??.

    1. kena jumpa doktor atau ke hospital berdekatan mungkin demam influenza tu

Tinggalkan Jawapan kepada vanessa jean Batal balasan