Gejala dan Tanda Keguguran

embryo

Gejala yang paling kerap adalah

  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun

Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:

  • Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
  • Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
  • Gigitan ular
  • Meminum cafin secara berlebihan
  • Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling

Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:

  • Terdedah kepada Komputer monitor
  • Hubungan seks
  • Senaman
Advertisements

3 thoughts on “Gejala dan Tanda Keguguran

  1. rvinv92 Januari 9, 2018 / 3:33 pm

    Assalamulaikum Dr. Juhaidah, sy ingin bertanya adakah yg sy alami skrg ini adalah biasa? Sy hamil 6 minggu dan ada perdarahan sikit berlaku selepas bersama dgn suami dan ini perdarahan ini berlaku selama 3 hari, spotting shj tp color darah merah+coklat. Sebelum dan selepas pendarahan smpi la skrg sy mmg ada mengalami kejang perut dan ini selalu berlaku seperti sakit dibawah perut seperti terasa ditarik/dicucuk serta sy juga selalu sakit belakang smpi jalan pun terpaksa tekan belakang badan. Sy ada berjumpa dr Gynae dan dibekalkan ubat Dhuphaston dan perlu dimakan berlainan preskripsi selama 31 hari, 3 hari sy perlu makan 2 biji 2 kali sehari, selepas itu 2 minggu 1 biji 2 kali sehari dan seterusnya. Ubat ini membuatkan sy loya yg sgt teruk. Jadi sy ingin tahu apa perlu sy buat dan sy sgt risau akn kandungan sy, kerana ini adalah pengalaman pertama mengandung. Terima kasih.

    • drju Januari 11, 2018 / 12:28 pm

      adakah ujian ultrasound sudah menunjukkan kehadiran jantung janin?

      • rvinv92 Januari 17, 2018 / 5:14 pm

        ya, ada menunjukkan jantung baby..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s