Ujian Ujian Infertiliti

Sekiranya anda mempunyai masalah sukar hamil, anda mungkin membuat pertimbangan untuk berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani beberapa ujian kesuburan. Disini saya berikan beberapa panduan tentang apa yang doktor akan lakukan semasa temujanji kali pertama.

Sejarah kesihatan dan pemeriksaan

Sebelum sesuatu ujian dilakukan, doktor anda selalunya akan bertanya tentang sejarah perubatan dengan mendalam dan membuat pemeriksaan terutama terhadap sistem peranakan anda.

Doktor selalunya akan cuba mendapat fakta berkenaan umur, tarikh perkahwinan, berapa kerap hubungan seks dan adakah terdapat sebarang masalah semasa hubungan seks, seperti sakit, masalah penetrasi atau zakat tidak mengeras, samada anda pernah keguguran sebelumnya dan menjalani D+C atau pernah mendapat apa-apa penyakit perubatan atau jangkitan kuman.

Soalan untuk suami atau pasangan pula termasuk; pernah mengidap penyakit beguk, merokok, meminum alkohol atau sejarah pembedahan pada zakar.

Pemeriksaan yang akan dilakukan adalah untuk memastikan yang rahim dan ovari dalam keadaan normal atau terdapat sebarang kesakitan pada tempat-tempat tertentu sekitar sistem peranakan. sekiranya rerdapat keputihan yang berlebihan, doktor mungkin akan mengambil ujian untuk mengetahui jenis jangkitan kuman yang anda anda.

Ujian-ujian yang sering dilakukan

Kebanyakkan pasangan akan disarankan menjalani ujian ini:

Hysterosalpingogram (HSG)
Ujian ini adalah ujian x-ray dan merupakan cara untuk mengetahui samada salur peranakan tersumbat atau tidak. Pesakit berbaring (dalam keadaan seperti mana ujian pap smear dilakukan) dan sejenis alat yang bernama spekulum akan dimasukan kedalam faraj, kemudian, satu ubat cecair (dye) akan disuntik kedalam rahim. Dalam masa yang sama beberapa siri x-ray akan diambil untuk melihat keadaan (outline) dalam rahim dan menganalisa samada salur fallopia tersumbat atau tidak. Sekiranya normal, cecair tersebut akan kelihatan berada diluar rahim menunjukan bahawa saluran tidak tersumbat.

Hari ke 3 LH/FSH
Ujian darah ini dilakukan untuk menaksir samada terdapat telur yang cukup tersimpan didalam ovari dan untuk memastikan bahawa tiada ketidakseimbangan hormon. Ia diambil pada hari ke 2 atau ke 3. Hormon LH/FSH adalah hormon penting yang bertanggungjawap terhadap pembentukkan telur didalam rahim. Tahap yang tinggi ada pada mereka yang mengalami PCOS, punca utama mengapa wanita tidak bertelur.

Ujian Progesterone
Untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Selalu diambil hari ke 21 sekiranya kitaran haid wanita ialah 28 hari. Sekiranya ovulasi tidak dapat dikesan melalui ujian ini, Ujian ini akan diulang beberapa hari kemudiannya. Tahap 30 nmol/l atau lebih menunjukkan anda mengalami ovulasi.

Analisa Air Mani
Ujian ini perlu untuk memastikan samada sperma dalam keadaan normal dan cukup. Penting untuk tidak melakukan sebarang hubungan seks 3-5 hari sebelum ujian dijalankan.

Ujian Ultra-bunyi Pelvis
Untuk melihat samada rahim dan ovari kelihatan normal atau tidak. Ia akan menjadi lebih tepat sekiranya TVS atau scanner melalui faraj dilakukan.

Ujian Laparoscopi
Jika terdapat sakit yang ketara semasa hubungan seks, doktor selalunya kan menyarankan ujian laparoscopy. Prosedur ini akan dibuat dalam keadan bius keseluruhan dan pesakit tidak sedar, dimana doktor akan membuat sedikit lubang pada bahagian pusat dan satu alat teleskop yang berkamera akan dimasukkan kedalam abdomen. Doktor kemudian akan memeriksa sebarang tanda endometriosis atau penyakit lain dan akan menyuntik sejenis cecair kedalam rahim untuk mengetahui samada salur fallopia tersumbat atau tidak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s