Saya mengandung anak kedua, adakah ia berbeza dengan kandungan pertama?

Screen Shot 2014-05-21 at 7.07.39 PMJawapan:

Setiap kehamilan adalah berbeza dan setakat ini tidak ada cara untuk meramalkan apa yang mungkin berlaku pada kandungan seterusnya.

Walau bagaimanapun, semasa kehamilan kedua, anda mungkin perasan terdapat perbezaan dari kehamilan anak pertama, termasuklah:

Anda lebih penat dari biasa

Mengandung dan menjaga anak sulung terutamanya yang masih kecil sekaligus di samping hamil pada usia lebih tua mungkin boleh memberikan lebih kepenatan berbanding kandungan pertama. Teruskan membaca

Saya hamil dan terjatuh. Adakah saya perlu bimbang?

bayi dlm airJatuh semasa hamil boleh membuat anda panik. Tetapi jangan bimbang, badan anda sebenarnya sudah direka-cipta secara semulajadi untuk melindungi bayi anda semasa kehamilan.

Dinding rahim adalah tebal dengan otot abdomen kuat yang membantu menjaga bayi anda dengan selamat. Cecair amnion ( air ketuban)  juga berfungsi sebagai kusyen dan penyerap hentakan. Dalam minggu-minggu awal kehamilan, rahim yang terletak jauh di ruang tulang pelvis yang memberikan lebih perlindungan dari sebarang kecederaan. Teruskan membaca

Kaki Bengkak Semasa Hamil

Screen Shot 2016-04-24 at 9.09.14 PMKaki saya bengkak semasa hamil, adakah saya perlu risau?

Jawapan:

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada kaki dan buku lali bengkak semasa hamil. Sebagai persediaan untuk melahirkan, badan anda bukan sahaja menghasilkan malah mengekalkan lebih cecair semasa mengandung. Begitu juga dengan rahim anda yang semakin membesar memberikan tekanan kepada urat vena anda. Ini akan mengurangkan pulangan darah ke jantung anda dan memberikan bengkak pada betis dan pergelangan kaki. Kaki dan buku lali bengkak semasa hamil adalah perkara biasa dan kebanyakannya hilang selepas bersalin. Teruskan membaca

Vitamin dan Mineral Semasa Hamil. Apa Yang Perlu dan Yang Tidak Perlu Dimakan.

vitVitamin dan Mineral Semasa Hamil. Apa Yang Perlu dan Yang Tidak Perlu Dimakan.

Semasa hamil, keperluan harian wanita untuk nutrien tertentu, seperti asid folik, kalsium, dan zat besi akan meningkat. Vitamin dan mineral  ini adalah penting untuk pertumbuhan, perkembangan, dan kehidupan janin yang sihat.

Untuk membantu mewujudkan persekitaran berkhasiat bagi tumbesaran janin, adalah penting bahawa anda mendapatkan diet dan seimbang sebelum dan semasa anda hamil. Jika anda memilih untuk menambah diet anda dengan vitamin prenatal, tentukan dengan teliti jumlah harian yang anda perlu ambil kerana anda tidak mahu terkurang atau terlebih dos. Teruskan membaca

10 Tanda Hamil

tandahamilSekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung! Teruskan membaca