
Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
1. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
2. 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur adalah pengidap PCOS
3. Punca PCOS masih belum diketahui
4. PCOS kerap terjadi pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya.
5. Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
- Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
- Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
- Polycystic Ovari
6. Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah dan imbasan ultrasound.
7. PCOS berkait rapat dengan kesukaran hamil.
8. PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya.
Baca lagi : PCOS dan Kesan Terhadap Kesuburan
Bagaimana diagnosa PCOS dibuat Melalui Ultrasound Faraj

Tinggalkan komen