
Adenomyosis adalah penyakit yang ramai wanita tidak mengetahui tentang kewujudannya tetapi ia adalah masalah yang kerap terjadi di kalangan wanita. Adenomyosis kerap dikaitkan dengan sakit semasa haid dan pendarahan faraj yang banyak semasa haid
Adenomyosis adalah keadaan di mana sel-sel dari lapisan rahim wujud di dalam otot rahim anda dan mengeluarkan darah setiap bulan menyebabkan otot rahim bengkak. Ia membesar secara perlahan lahan dan boleh memberikan masalah yang serius.
Baca lagi: Senggugut Yang Teruk? Anda Mungkin Mengalami Adenomyosis
Baca Lagi : Ketahui 6 Punca Senggugut
Baca Lagi : Fungsi Transvaginal Ultrasound Pada Masalah Kesuburan
Berikut adalah tujuh (7) perkara yang perlu kita semua ketahui tentang keadaan ini dan apa yang perlu dilakukan jika anda fikir ia mungkin berlaku kepada anda.
1. Ia kerap tiada gejala atau tanda
Adenomyosis boleh berlaku pada semua peringkat usia dan membesar di dalam rahim tanpa anda sedari dan ia selalunya berhenti tumbuh selepas anda mengalami menopos.
Sekitar 1 daripada 10 wanita dipengaruhi oleh adenomyosis dan 30% peratus daripada wanita yang mengidap Adenomyosis tidak mengalami sebarang tanda atau gejala.
Sekiranya adenomyosis tidak menimbulkan masalah untuk anda, tiada rawatan yang perlu anda buat.
2. Sebab Ia terjadi masih belum diketahui
Setakat ini tiada kajian dapat merumuskan mengapa ia terjadi tetapi Adenomyosis yang mengecut selepas menopos menunjukkan ia berkait rapat dengan kehadiran hormon estrogen. Ia membesar dengan hormon estrogen. Selepas menopos, hormon estrogen kurang secara mendadak.
3. Senggugut dan haid yang banyak adalah adalah di antara gejala utama
Gejala yang kerap dikaitkan dengan Adenomyosis adalah haid yang banyak dan sengugut yang teruk serta berlanjutan dalam masa yang lama. Gejala lain termasuk sakit semasa hubungan seks dan pendarahan di tengah bulan.
4. Adenomyosis boleh dikelirukan dengan Endometriosis
Adenomyosis tidak serupa dengan endometriosis tetapi mempunyai gejala yang hampir sama. Endometriosis tumbuh pada sekitar organ pelvic seperti ovari manakala Adenomyosis tumbuh didalam otot rahim. Walau bagaimanapun Adenomyosis dan Endometriosis kerap wujud dalam masa yang sama pada kadar 40% bagi wanita yang mengalami endometriosis. Mereka kerap berkongsi gejala yang sama sebagai contoh senggugut yang teruk.
5. Kehadiran Adenomyosis boleh menjejaskan kesuburan anda.
Wanita yang sukar hamil didapati kerap mengalami adenomyosis dan tumbesaran sukar dikawal dengan ubat semata-mata. Rawatan yang paling berkesan adalah menggunakan pembedahan membuang rahim tetapi ia tidak disarankan sekiranya anda berhasrat untuk hamil.
6. Diagnosa Adenomyosis sukar dibuat
Tanpa menggunakan alatan canggih seperti ultrasound vagina dengan teknik 3D, diagnosa Adenomyosis sangat sukar dikesan. Hanya doktor pakar berpengalaman sahaja yang boleh membuat diagnosa yang tepat terhadap Adenomyosis.
7. Pembedahan pada rahim boleh meninggikan risiko mengalami Adenomyosis
Mereka yang berisiko termasuk wanita yang pernah mengalami pembedahan pada rahim seperti pembedahan membuang fibroid, pembedahan caesarean, D+C dan sebagainya
Sekiranya anda mempunyai haid yang banyak disertai dengan senggugut yang teruk, jumpa doktor pakar anda hari ini kerana kemungkinan ia disebabkan oleh Adenomyosis.
assalamualaimum doktor… saya setiap kali saya period,1 hingga 3 hari darah haid saya trlalu banyak. tetapi saya tidak mengalami senggugut yang teruk,adakah saya juga mengalami adenomyosis?
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
salam, kalau haid terlalu banyak berketul dan melimpahi seluar dalam atau kain, elok jumpa doktor. mungkin fibroid
Doktor..sy ada edonomyosis..sy setuju utk lakukan pembedahan..adakah pembedahan tu buang rahim.atau buang ketumbuhan tu sahaja
Ikut kehendak pesakit tetapi doktor selalu sarankan buang rahim untuk sembuh sepenunya dan ia tidak tumbuh lagi
Tapi sy masih nk mengandung lagi doktor..sy xnk buang rahim😭😭.kalau sy buang ketumbuhan tu..adakah sy masih bleh mengandung doktor😭😭
Kalau nak hamil jgn la buang, buang rahim jika sudah berusia sahaja
Aslamualaikum Doktor..sya sakit dibahagian ari-ari ,saluran peranakan pedih,menyucuk2 faraj dan kaki kdng2 terasa kebas..sya dah jmpa doktor pakar puan tp doktor tk dpt bg jawapan pnyakit apa..cuma doktor bagi ubat saraf ja..ujian pap smear pon sya dah buat keputusan ok..adakah sya perlu buat rawatan lain?..
adenomyosis bukan kanser puan
Assalamualaikum doc, sya ada timbul biji2 di bibir faraj @ vagina. Dia tak sakit tapi x selesa shaja. Boleh saya tau apa tu..
Elok jumpa doktor plan, tengok tengok bintik bintik tu ape sebenarnya