Mengapa Haid Saya Sangat Banyak?

Mengalami haid setiap bulan memang perkara biasa yang perlu dilalui oleh wanita tetapi haid yang terlalu banyak boleh memberikan kesusahan besar pada wanita. Ia juga kerap disertai dengan senggugut.

Haid yang banyak dan berpanjangan kerap menjadi tanda terdapat sesuatu yang tidak kena pada sistem peranakan anda. Di antara sebab yang kerap terjadi termasuk:

Ketidakseimbangan Hormon

Sebab yang paling biasa adalah ketidakseimbangan hormon terjadi  terutamanya pada remaja atau wanita yang hampir menopos. Turun naik hormon boleh membawa kepada pendarahan berlebihan tetapi dengan senang dapat dirawat dengan pil hormon.

Fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan bukan kanser yang kerap terjadi pada wanita berusia 30-an dan 40-an di antara sebab utama mengapa wanita mengalami haid yang banyak.

fibroid-07

Endometrium Polip

Ini biasanya ketumbuhan bukan kanser dan mereka berada di lapisan rahim. Mereka juga dikaitkan dengan tahap estrogen yang berlebihan selepas rawatan hormon dan kadang-kadang dengan tumor ovari. Rawatan untuk menorrhagia ini termasuk D & C dan histerektomi.polip-endo

Pelvik Penyakit Radang

Pelvis penyakit keradangan atau PID adalah jangkitan yang boleh menjejaskan sistem reproduksi wanita termasuk pangkal rahim, rahim dan tuib fallopian. Ia biasanya ditular melalui hubungan seks tetapi boleh juga berlaku selepas keguguran, melahirkan anak, atau sebarang prosedur sakit puan. Ia dirawat dengan antibiotik.

IUD

Anda mungkin perasan pendarahan yang banyak semasa tempoh anda jika anda menggunakan IUD sebagai alat pencegah hamil. Jika haid terlalu banyak elok anda berjumpa dengan doktor untuk nasihat tentang cara lain sebagai alat pencegah kehamilan anda bagi mengganti IUD anda.

iud

Penyakit darah tidak membeku

Sesetengah wanita mengalami masalah perubatan di mana datah sukar membeku dan menyebabkan pendarahan sukar berhenti. Antaranya adalah VWD (Von Willebrand Disease). Ini boleh menyebabkan haid anda menjadi terlalu banyak.  

Kanser pada sistem reproduksi

Sekiranya kanser rahim anda dalam peringkat yang sudah teruk, ia juga memberi gejala haid yang banyak.

Bila saya perlu jumpa doktor

Sekiranya darah haid anda berketul melebihi 1 inci atau anda kerap ‘banjir’ iaitu darah melimpah membasahi seluar dan kain anda atau jika anda terpaksa memakai dua sanitari dalam satu masa bermakna haid anda sangat banyak.

Tanda-tanda lain

  • Anda perlu menukar sanitari pad anda setiap satu jam.
  • Anda terpaksa menukar sanitari pad di tengah-tengah malam.
  • Tempoh haid anda melebihi  7 hari.
  • Keluar darah ketul yang besar.
  • Haid anda cukup banyak untuk menghalang anda daripada membuat aktiviti-aktiviti harian.
  • Anda kekurangan tenaga, letih, kerap sesak nafas.

2 thoughts on “Mengapa Haid Saya Sangat Banyak?

  1. Farah Natasha Februari 21, 2019 / 11:21 pm

    Assalamualaikum dr. Saya nak bertanya mengenai situasi period kawan saya. Dia tidak dtg period selama 6 bulan. Badan dia agak besar. Kemudian dia mula mengubah gaya hidup dah banyakkan senaman. Darah kehitaman mula keluar . Sampai sekrang sudah sebulan. Apa yg haru dilakukan ye?

    • drju Februari 24, 2019 / 6:17 pm

      salam, salam jumpa doktor untuk ultrasound dan ujian darah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s