Jika anda rasa yang anda mungkin mengalami keguguran, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana diagnosa keguguran boleh dibuat. Bagaimanakah ultrasound dapat membantu menentukan sama ada anda masih hamil atau sudah gugur?
Ultrasound(US) pada Awal kehamilan
Sekiranya US dibuat pada kandungan yang sangat awal iaitu dalam lingkungan 4-5 minggu agak sukar untuk menentukan samada anda sudah gugur atau tidak kerana ia kelihatan hampir sama samada kandungan anda telah gugur atau tidak.
Embrio yang gugur akan berhenti berkembang atau tidak pernah terbentuk tetapi ia tidak semestinya ibu akan mengalami pendarahan faraj atau tanda keguguran pada saat keguguran terjadi. Ia selalunya mengambil masa beberapa hari atau berminggu-minggu dan barulah tanda dan gejala keguguran timbul.
Membuat diagnosa Keguguran Dengan Ultrasound
Untuk mengelakkan memberi diagnosa yang salah, terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada Ultrasounds faraj supaya diagnosa dapat dibuat dengan tepat, Antaranya:
- Tiada degupan jantung embrio yang berukuran lebih dari 5 mm
- Kantung Janin lebih besar daripada 8mm dan tidak ada yolk sac, dan
- Kantung Janin lebih besar daripada 16mm dan tidak tiada embrio.
Tanda lain
Ultrasound terdahulu menunjukkan degup jantung tetapi US berikutnya tidak menemui degupan jantung.
Tahap hCG turun secara mendadak.
Bagaimana jika Ultrasound tidak dapat memberikan jawapan tepat?
Untuk mengelakkan kemungkinan misdiagnosis, doktor anda mungkin mengsyorkan menunggu dan mengulangi ultrasound dalam masa seminggu. Pada kehamilan yang normal, kantung kehamilan akan menjadi lebih besar selepas satu minggu atau jantung bayi dapat dilihat, manakala keguguran pula tidak menunjukkan dari segi saiz.
Mengira Risiko Keguguran
Mengira risiko kehilangan kehamilan ibu bergantung kepada umurnya. Menurut kajian, risiko keguguran untuk wanita berubah dengan ketara mengikut usia:
Umur Wanita Berisiko Risiko Keguguran
20-30 tahun 9 -17 %
35 tahun 20 %
40 tahun 40%
45 tahun 80 %