Bayi Anda Kurang Bergerak Dari Biasa, Bila Anda Perlu Bimbang?

awal-hamil

Kebanyakan wanita hamil akan mula merasakan pergerakan bayi antara 18 dan 25 minggu kehamilan. Berbanding dengan ibu yang sudah melahirkan sebelumnya, ibu yang hamil kali pertama lebih cenderung untuk merasa pergerakan bayi dalam kadar 2-3 minggu lebih lewat.

Sekiranya kehamilan anda belum melangkaui 25 minggu dan anda belum merasakan sebarang gerakan bayi, jangan risau kerana ia bukan tanda masalah terutama jika bayi anda membesar dengan baik semasa ujian ultrasound.

Pergerakan tidak konsisten pada awal kehamilan juga normal. Ada yang mengambil masa yang lama untuk bergerak semula dan ada bayi yang bergerak sepanjang masa.

Walaubagaimanapun,apabila anda memasuki trimester ke 3, pergerakan bayi menjadi lebih konsisten, lebih kuat dan lebih kerap yang kadang kadang boleh mengganggu tidur dan kehidupan anda.

Pada masa ini, adalah menjadi amalan yang baik untuk memantau pergerakan bayi anda kerana jika berlaku berubahan mendadak pada corak pergerakan bayi, ia mungkin tanda serius.

Bagaimana Mengawasi Pergerakan Bayi Anda

Bila kandungan melangkau 28 minggu, anda mungkin sudah perasan dengan pola pergerakan bayi anda, iaitu mungkin ia aktif pada waktu waktu tertentu seperti ketika anda bersenam, apabila anda makan sesuatu yang manis atau minum sesuatu yang sejuk, atau ketika anda berbaring.

Untuk pemantauan yang lebih tepat cuba kira pergerakan bayi anda.

Sebarang pergerakan kecil atau besar jika ia berlaku 10 kali atau lebih dalam masa 2 jam, ia adalah pergerakan yang normal atau memuaskan.

Buat semasa duduk atau sambil berbaring. Jika anda berbaring anda mungkin merasakan pergerakan yang lebih ketara kerana bayi berada diatas anda.

Buat dalam masa yang sama setiap hari.

Bila Anda perlu Jumpa doktor

Jika anda tidak merasakan pergerakan sekurang-kurangnya 10 pergerakan dalam masa dua jam, elok jumpa doktor anda untuk memastikan bayi anda dalam keadaan yang memuaskan. Dalam kebanyakan kes, bayi cuma terlebih tidur atau malas untuk bergerak.

Walaubagaimanapun, dalam kes yang jarang jarang, kekurangan pergerakan dikaitkan dengan bayi yang kekurangan oksigen dan ini boleh menyebabkan kematian bayi dalam rahim.

Selalunya doktor akan membuat ujian CTG ( cardiotocography) untuk memastikan corak degupan jantung bayi adalah normal.

Doktor juga mungkin akan membuat ujian ultrasound untuk memeriksa tumbesaran bayi dan juga jumlah air ketuban untuk memastikan bayi sihat dan tiada masalah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s