
Endometriosis menjejaskan 3 hingga 10 peratus wanita berusia di antara 30 hingga 40 tahun dan ada di kalangan wanita ini yang berjaya hamil samada mereka menyedari tentang kehadiran penyakit ini atau tidak.
Walau bagaimanapun terdapat risiko yang berkait dengan kehadiran endometriosis sekiranya wanita menjadi hamil dan kadang kadang ia boleh mengancam nyawa.
Risiko yang kerap terjadi
1.Kelahiran Pra-matang
Mereka berisiko untuk melahirkan bayi pra-matang berbanding wanita tanpa endometriosis.
2.Kehamilan ektopik
Pengidap Endometriosis lebih berisiko 2.7 kali ganda untuk mendapat kehamilan ektopik berbanding wanita tanpa endometriosis.
3.Kelahiran melalui Pembedahan Cesarean
Wanita dengan endometriosis lebih cenderung untuk melahirkan bayi mereka melalui Pembedahan Cesarean.
4.Pra-eklampsia
Biasanya berlaku di kalangan wanita yang berada dalam trimester kedua dan ketiga, Pra-eklampsia adalah kejadian dimana berlaku tekanan darah tinggi yang serius dikatakan lebih kerap terjadi di kalangan wanita yang mengidap endometriosis.
5.Pendarahan Faraj Antepartum
Lebih kerap terjadi pendarahan faraj tidak normal semasa kehamilan seperti Abruption dan placenta previa.
6.Keguguran
Pengidap Endometriosis lebih cenderung untuk mengalami keguguran berbanding wanita yang lain.
7.Kematian bayi Dalam kandungan
Pengidap Endometriosis lebih cenderung untuk mengalami kematian bayi dalam rahim berbanding wanita yang tiada endometriosis.