Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Parut C-Seksyen.

post-c-section

Kehamilan akan memberikan perubahan yang kekal pada badan anda tidak kira samada anda melahirkan secara normal atau secara C-seksyen.

Perut boyot, kendur dan “stretch mark” merupakan perubahan yang kerap terjadi. Tetapi bagi mereka yang yang menjalani C-seksyen iaitu lebih kurang 30% dari wanita hamil, mereka terpaksa berhadapan dengan satu lagi perubahan iaitu Parut Pembedahan. Teruskan membaca

Bacterial Vaginosis (BV) dan Risiko Keguguran

BV.jpg

Anda mungkin sudah tahu bahawa bakteria sentiasa hadir di dalam badan anda. Kebanyakkan bakteria ini sebenarnya baik dan hidup dalam badan dengan tujuan memastikan anda sihat.

Bakteria baik ini atau dinamakan Normal Flora penting untuk mengawal pertumbuhan dan pembiakan bakteria jahat dan seterusnya menghalang kita dari mendapat jangkitan. Teruskan membaca

Rawatan Progesteron Semasa Hamil Bagi Mencegah Keguguran

progesterone.jpg

Peranan Progesteron Pada Awal Kehamilan

Progesteron adalah hormon semulajadi yang dirembeskan oleh ovari. Semasa kitaran haid, paras progesteron meningkat selepas ovulasi untuk membantu membina dan mengekalkan lapisan dalam rahim agar implantasi berlaku dengan sempurna.

Rembesan hormon yang berterusan dari ovari merangsang janin tumbuh dengan baik di dalam rahim semasa trimester pertama sehinggalah fungsi ini diambil alih oleh placenta pada minggu 10 kehamilan. Teruskan membaca

Epidural: 6 Perkara yang Anda Perlu Tahu

epidural

Tahap sakit bersalin adalah berbeza bagi setiap wanita dan tidak semua dapat menahan sakit bersalin sehingga ke tahap kelahiran bayi. Jika anda rasa anda sukar menahan kesakitan anda, mungkin epidural adalah pilihan terbaik anda.

Epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan semasa bersalin kerana keberkesanannya.

Semasa epidural, ubat penahan sakit disalurkan ke dalam tiub kecil pada belakang anda untuk memberikan kelegaan berpanjangan terhadap sakit bersalin. Epidural adalah anestetik setempat, jadi ia tidak mempengaruhi anggota badan yang lain. Teruskan membaca