Tidak selamat. Pastikan anda hindari dari mereka yang merokok sejauh mungkin terutamanya semasa hamil. Asap rokok mengandungi 4 ribu bahan beracun yang yang boleh menyerap kedalam aliran darah anda dan seterusnya sampai ke bayi anda. Lebih lama anda berada pada persekitaran berasap rokok, lagi banyak udara yang anda sedut tercemar dengan bahan toksin yang boleh memberikan risiko pada bayi anda.
Kajian telah menunjukkan bahawa wanita hamil yang terdedah kepada asap rokok lebih cenderung untuk melahirkan bayi yang tidak sihat walaupun ibu sendiri bukan perokok.
Berat bayi menjadi lebih ringan, janin juga lebih berisiko untuk keguguran dan kelahiran pra-matang. Bayi juga selepas dilahirkan berisiko tinggi untuk mengalami Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
Jadi jauhkan diri anda dari tempat yang berasap rokok.