Zink merupakan mikronutrien yang penting untuk badan manusia. Mengikut kajian 30% manusia di seluruh dunia mengalami kekurangan zink dalam badan mereka dan kekurangan zink dikaitkan dengan banyak masalah.
Menurut kajian terbaru kekurangan zink juga dikaitkan jangkitan faraj terutama jangkitan yis berulang.
Immuniti terjejas disebabkan oleh kekurangan sel T yang kritikal untuk menghalang jangkitan termasuk bakteria dan sel kanser.
Bagi lelaki, kurang tahap zink dalam darah dikaitkan dengan kekurangan hormon testosteron dan kekurangan sperma. Pengambilan zink disarankan bagi pasangan yang mencuba untuk hamil.
Kekurangan zink juga dikaitkan dengan alahan dan diarrhea. Bagi kanak kanak ia juga boleh menyebabkan tumbesaran terbantut.
Mereka yang berisiko untuk kekurangan zink termasuk wanita hamil dan yang menyusukan badan. Jadi amalan mengambil suplemen zink adalah digalakkan di samping nutrien penting yang lain termasuk asid folik, zat besi dan kalsium. Kekurangan zink semasa hamil dikaitkan dengan lebih komplikasi dan kemerosotan pertumbuhan janin.
Zink mengurangkan senggugut dengan mengurangkan prostaglandin yang menyebabkan kontraksi yang keterlaluan pada rahim dan seterusnya mengurangkan senggugut.
Bagi Wanita menopos, pengambilan zink terbukti dapat mengurangkan simptom menopos dan mengurangkan risiko osteoporosis.
Pengambilan Zink dapat meningkatkan mood dan fungsi kognitif di kalangan wanita menopos di mana mereka akan melalui banyak perubahan hormon disebabkan mereka semakin tua, sekali gus membantu mereka menangani perubahan emosi iaitu simtom yang kerap terjadi semasa menopos.
Ambil suplemen Zink anda hari ini.