
Depo-Provera (DMPA) adalah satu kaedah perancang keluarga yang berkesan. Injeksi Depo merembes hormon progestogen yang menghalang kehamilan untuk tempoh 11 hingga 14 minggu dengan kadar kegagalan 1 dalam 1000 orang.
Walau bagaimanapun, ramai wanita didapati berlaku pendarahan faraj yang berterusan selepas pemakaiannya menyebabkan sebahagian besar dari mereka berhenti pada 1 tahun penggunaan akibat kebingungan dengan corak pendarahan yang tidak menentu.
Kesan sampingan lain termasuk tiada haid langsung (1 daripada 3 wanita) atau haid yang berlaku jarang-jarang iaitu 3 hingga 4 bulan sekali.
Cara Atasi Pendarahan
Sekiranya anda salah seorang yang mengalami masalah haid yang tidak ketentuan selepas pemakaian, jangan terburu-buru untuk memberhentikan injeksi depo kerana ada penyelesaiannya
Terdapat beberapa rawatan ubat yang anda boleh cuba:
- Estrogen– Premarin adalah pilihan yang baik. Tab Premarin 1.25 mg untuk 7 hingga 14 hari boleh mengurangkan pendarahan.
- Asid Tranexamic– 2 biji 4 kali sehari untuk 5 hari dan tengok keberkesanannya.
Kedua-dua ubat ini memerlukan preskripsi doktor dan anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dahulu sebelum rawatan untuk memastikan anda bebas dari punca pendarahan yang lain yang lebih serius.
Tinggalkan Jawapan kepada drju Batal balasan