Mengatasi Pendarahan Tidak Normal Selepas Injeksi Depo Provera

depo

Depo-Provera (DMPA) adalah satu kaedah perancang keluarga yang berkesan. Injeksi Depo merembes hormon progestogen yang menghalang kehamilan untuk tempoh 11 hingga 14 minggu dengan kadar kegagalan 1 dalam 1000 orang.

Walau bagaimanapun, ramai wanita didapati berlaku pendarahan faraj yang berterusan selepas pemakaiannya menyebabkan sebahagian besar dari mereka berhenti pada 1 tahun penggunaan akibat kebingungan dengan corak pendarahan yang tidak menentu.

Kesan sampingan lain termasuk tiada haid langsung (1 daripada 3 wanita)  atau haid yang berlaku jarang-jarang iaitu 3 hingga 4 bulan sekali.

Cara Atasi Pendarahan

Sekiranya anda salah seorang yang mengalami masalah haid yang tidak ketentuan selepas pemakaian, jangan terburu-buru untuk memberhentikan injeksi depo kerana ada penyelesaiannya

Terdapat beberapa rawatan ubat yang anda boleh cuba:

  • Estrogen– Premarin adalah pilihan yang baik. Tab Premarin 1.25 mg untuk 7 hingga 14 hari boleh mengurangkan pendarahan.
  • Asid Tranexamic– 2 biji 4 kali sehari untuk 5 hari dan tengok keberkesanannya.

Kedua-dua ubat ini memerlukan preskripsi doktor dan anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dahulu sebelum rawatan untuk memastikan anda bebas dari punca pendarahan yang lain yang lebih serius.

 

Tinggalkan komen