Bagaimana Mengira Kontraksi Anda

mengira

Kandungan anda sudah matang iaitu di antara 38 dan 42 minggu kehamilan. Badan anda sudah menghantar isyarat yang masa bersalin hampir tiba.

Kontraksi Braxton Hicks semakin kerap dan lebih ketara. Memahami bagaimana untuk mengira kontraksi adalah penting untuk membantu anda meneka samada saat lahir anda sudah bermula atau tidak supaya anda dapat ke hospital dengan tepat.

Bila anda mula Mengira

Sekiranya kontraksi anda datang dengan tetap, pastikan anda sudah bersedia dengan jam anda. Tahap kesakitan berbeza bagi setiap wanita tapi dalam kebanyakan kes, sakit bermula perlahan lahan tapi meningkat dengan cepat.

Kontraksi ini mungkin bermula setiap 15 minit atau lebih tetapi ia semakin kuat dan semakin kerap. Jika ia berulang setiap 5 minit dan berterusan melebihi 2 jam, kemungkinan besar saat bersalin anda sudah bermula.

Selain dari jam, anda juga memerlukan pen dan kertas. Catatkan masa bila kontraksi bermula dan berakhir. Kemudian kira tempoh kontraksi dan jarak diantaranya. Cukup senangkan.

Bila kontraksi melebihi satu minit dan selang diantaranya 5 minit, kemungkinan masa anda sudah tiba. Jangan tergesa. Teruskan kiraan sekiranya ia berterusan selama 2 jam sudah tiba masanya untuk anda berangkat ke hospital.

Terdapat tiga faktor anda perlu ingat,

1. Tempoh

Kontraksi awal biasanya berlangsung kira-kira 30 saat dan kemudian ia akan semakin menjadi lebih lama iaitu 60-90 saat. Ini berbeza dengan kontraksi Brakton Hicks yang tempoh kontraksinya yang semakin lama semakin kurang.

2. Kekerapan

Kekerapan diukur dari permulaan satu kontraksi ke permulaan kontraksi seterusnya. Apabila kontraksi mula datang dalam kekerapan yang tetap, seperti setiap 15 atau 10 minit sekali, kemungkinan besar saat bersalin anda sudah tiba

3. Intensiti

Sakit bersalin awal mempunyai rasa yang lebih kurang sama dengan sakit senggugut. Pada mulanya ia ringan, anda masih boleh tidur dan membuat aktiviti lain tetapi ia akan meningkat dengan perlahan lahan.

Sekiranya  anda langsung tidak dapat berdiri tegak bila terjadi kontraksi, itu bermaksud kontraksi sudah kuat dan sudah tiba masa untuk anda datang ke hospital.

Kalau anda masih keliru dan tidak pasti samada kontraksi bersalin sebenar, eloklah datang ke hospital untuk kepastian. Bidan sentiasa bersedia 24 jam untuk membantu anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: