Memang sukar untuk meneka dengan tepat bilakah seseorang wanita itu akan hamil. Faktor-faktor seperti usia, kesihatan badan secara umum, kesihatan sistem peranakan dan kekerapan melakukan hubungan seks memberi pengaruh yang besar terhadap peluang untuk anda mengandung.
Walaubagaimanapun, statistik umum dapat memberikan sedikit idea berapa lama wanita akan hamil dari tarikh ia mencuba untuk hamil. Umumnya, pasangan yang subur mempunyai 25% peluang untuk hamil setiap kitaran haid. 80% dari kebanyakkan pasangan akan hamil dalam masa satu tahun mencuba dan 10% lagi akan hamil pada tahun seterusnya.
Cuma 10% wanita sahaja mengalami masalah untuk hamil selepas tahun ke 2 dan wanita inilah yang akan mengalami masalah ketidak-suburan. Tinggikan peluang anda untuk hamil dengan mengetahui masa subur dan dengan membiasakan diri dengan kitaran haid. Ia amat mudah sekiranya haid anda teratur.
Sekiranya percubaan anda untuk hamil sudah melebihi tempoh dua tahun, berjumpalah dengan doktor untuk untuk mengetahui punca kesukaran anda untuk hamil.
Assalam Doktor,
Sy nak tnya adakah waktu subur itu boleh berlaku sebelum waktu period?
Sblm ni sy ada pergi berurut dan akak tu memaklumkan yg sy mengandung..tp masih darah..sy pun belum dpt period lg..hrni sy ada test ovulasi dan keluar 2 line tp satu line kabur..adakah betul?sy test menggunakan pregnancy test -ve.sy dilema sebab sy sdg batuk teruk and sy nak makan ubat kalau xpreggy..
Terima kasih doktor..
kalau pregnancy test negative puan tak hamil. lagipun ubat batuk selalunya selamat untuk di makan semasa hamil. elok jumpa doktor dulu takut batuk sbb jangkitan kuman
Isteri takut melakukan hubungan kelamin ,hampir 2 tahun masih takda jalan.nafsu saya semakin turun kepada isteri.adakah isteri saya normal
tidak normal sama sekali. Sangat penting untuk pastikan punca kenapa dia takut. Jumpa Pakar
Sudah jumpa pakar khidmat konsultasi dan rawatan tetapi masih lagi takut bila berjimak..seolah olah faraj ditutupi.dan ada yg menghalang tusukan