Anda mengalami senggugut dan sukar hamil? Ia mungkin tanda ada masalah serius dengan rahim anda.

fibroidrahim

Jika anda berusaha untuk hamil berbulan bulan atau mungkin sudah bertahun tahun tetapi gagal dan dalam masa yang sama anda mengalami senggugut, eloklah berjumpa dengan doktor segera.

Senggugut boleh disebabkan oleh beberapa masalah rahim serius termasuklah yang berkait rapat dengan masalah infertiliti anda. Ini termasuklah:

Endometriosis

Endometriosis bukan sahaja penyebab utama senggugut malahan ia boleh menyebabkan kerosakan pada sistem peranakan anda jika ia lewat dirawat.

Kajian menunjukkan 50% dari mereka yang gagal hamil didapati mengalami endometriosis dan kebanyakan daripada wanita ini sudahpun mengalami kerosakan yang teruk semasa diagnosa dibuat.

Endometriosis boleh menyebabkan salur peranakan wanita tersumbat yang menghalang persenyawaan telur dan sperma dan sekiranya wanita berjaya hamil pun, toksin dari endometriosis boleh menyebabkan wanita mengalami keguguran di awal kehamilan.

Sekiranya ia dikesan dan dirawat pada peringkat awal, endometriosis akan dapat dikawal seterusnya menghalang dari sistem peranakan anda dari menjadi rosak.

Fibroid Rahim

Fibroid adalah ketumbuhan bukan kanser yang membesar didalam rahim. Fibroid mengambil masa yang lama untuk membesar dan ramai wanita tidak mengetahui yang mereka mempunyai fibroid kerana kebanyakannya fibroid tidak memberikan banyak gejala.

Namun, kehadiran gejala bergantung sepenuhnya kepada dimana fibroid itu tumbuh.

Fibroid submukosal adalah fibroid yang berada pada tepi dinding rahim selalunya jarang memberikan masalah tetapi sekiranya fibroid berada di dalam rongga rahim, bukan sahaja ia boleh menyebabkan wanita mengalami senggugut yang teruk malahan wanita akan berhadapan dengan masalah sukar hamil.

Sekiranya ia memenuhi keseluruhan ruang rahim, fibroid boleh menghalang perjalanan sperma ke salur peranakan dan juga menghalang implantasi dari terjadi dan berlakulah keguguran berulang.

Apa yang perlu saya buat?

Sekiranya anda mencuba untuk hamil namun masih gagal dan dalam masa yang sama anda mengalami senggugut yang teruk, elok berjumpa doktor anda hari ini kerana jika benar anda mengalami endometriosis, rawatan yang awal boleh menyelamatkan sistem peranakan anda dari menjadi rosak.

Doktor anda mungkin akan menyarankan Histeroskopi atau Laparoskopi diagnosa untuk memberikan diagnosa tepat.

 

Jumpa doktor anda hari ini.

 

Galeri Endometriosis

Galeri Fibroid Rahim

Video Laparoskopi Diagnosa

Video Hysteroskopi

Video Laparoskopi Myomektomi

 

Advertisements

One thought on “Anda mengalami senggugut dan sukar hamil? Ia mungkin tanda ada masalah serius dengan rahim anda.

  1. Dila Ogos 23, 2017 / 5:23 am

    kena jaga kesihatan ni, nampak memang mengerikan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s