Kelahiran Secara Vakum

vakum

Kelahiran mengunakan vakum adalah satu alternatif terhadap kelahiran mengunakan forsep dan ia sangat kerap digunakan semasa bersalin. Vakum adalah alat yang berbentuk seperti cawan yang dilekatkan kepada kepala bayi dengan harapan akan membantu kelahiran bayi semasa proses bersalin

Penggunaan vakum menjadi lebih popular sekarang disebabkan kesan sampingan terhadap bayi dan ibu yang lebih kurang berbanding forsep.

Indikasi kelahiran vakum adalah sama dengan forsep iaitu

  • Untuk membantu kelahiran bayi apabila kontraksi rahim lemah dan tidak berupaya untuk menolak bayi keluar secara berkesan.
  • Pantauan CTG menunjukkan degup jantung yang lemah dan bayi perlu dilahirkan dengan serta merta semasa kelahiran peringkat kedua.
  • Ibu sudah kepenatan dan tidak lagi bertenaga untuk meneran
  • Ibu mengalami masalah perubatan seperti sakit jantung jadi vakum memendekkan tempoh kelahiran peringkat kedua dan mengurangkan tekanan pada ibu.

Bayi yang lahir dengan cara vakum mungkin mengalami bengkak pada kulit kepala, tetapi ia tidak serius dan tidak memerlukan apa apa rawatan kerana ia akan hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Kajian menunjukkan apabila vakum dikendalikan dengan betul oleh doktor yang berpengalaman, risiko kepada bayi dan ibu adalah rendah.

Seperti juga forsep, jika kelahiran vakum gagal, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s