Kelahiran Secara Forsep

forceps

Kelahiran menggunakan bantuan forsep kadang kadang perlu semasa bersalin. Forsep adalah alat berbentuk seperti sepasang sudu besar yang digunakan semasa proses bersalin untuk membantu kelahiran bayi

Bila Forsep diperlukan

Doktor mungkin memutuskan untuk menggunakan forsep apabila:

  • Kontraksi rahim  lemah dan tidak berupaya untuk menolak bayi keluar dengan efektif.
  • Bayi mengalami tanda tanda lemas dan perlukan dilahirkan dengan segera apabila ibu sudahpun dalam peringkat kelahiran kedua
  • Ibu sudah kepenatan dan tidak berupaya lagi untuk meneran
  • Ibu mengalami masalah perubatan seperti sakit jantung dan tidak dapat meneran dalam tempoh yang lama.

Bagaimana forsep digunakan

Forsep dimasukkan dengan perlahan-lahan ke dalam faraj dan apabila kedudukan forsep betul, doktor dengan perlahan-lahan akan menarik bayi keluar dari faraj ibu.

Mungkin akan terdapat lebam atau sedikit bengkak pada kulit kepala bayi selepas kelahiran forsep, tetapi ia biasanya akan hilang selepas masa beberapa hari. Kajian menunjukkan apabila forsep digunakan dengan betul oleh doktor yang berpengalaman, risiko kepada bayi dan ibu adalah rendah.

Sebelum forsep dimasukkan, anda mungkin akan disuntik dengan ubat untuk memberikan rasa kebas pada faraj. Doktor juga mungkin akan melakukan episiotomi untuk membesar ruang faraj supaya forsep lebih senang di masukkan.

Kadang-kadang forsep tidak berjaya menarik keluar bayi selepas beberapa kali tarikan, sekiranya ia terjadi, doktor selalunya akan menyarankan pembedahan caesarean.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s