Fahami Sistem Reproduksi Anda

Ramai di kalangan wanita yang kurang memahami tentang kitaran haid dan masalah haid pula adalah di antara soalan yang paling dikerap ditanya terutamanya di forum. Sistem peranakan dan kitaran haid kita sebenarnya kejadian yang amat kompleks yang melibatkan beberapa hormon penting dalam badan. Keseimbangan dan interaksi sihat hormon-hormon ini pula amat kritikal untuk memastikan ovulasi berlaku dan kitaran haid anda teratur setiap bulan

Mengetahui dengan mendalam bagaimana sistem reproduksi berfungsi menjadi berguna apabila anda merancang untuk hamil kerana ia amat penting dalam menentukan peluang anda untuk hamil .

Kitaran Haid

Setiap bulan badan akan mengalami perubahan semulajadi yang menolong ovari mengeluarkan telur yang bakal disenyawa ataupun tidak. Proses ini dipanggil kitaran haid.

Hari pertama haid anda datang di kira hari pertama kitaran haid anda. Selalunya berakhir 28 hari pada kebanyakan wanita tetapi sekiranya ia dalam lingkungan 21-35 hari kitaran tersebut masih di kira normal dan teratur. Kitaran haid tidak semestinya tepat setiap bulan, awal atau lewat 4-5 hari adalah perkara biasa bagi kebanyakkan wanita.

Semasa hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah waktu ini mendorong badan kita untuk mengeluarkan lebih hormon ( FSH ). Semasa hormon FSH meningkat tinggi, ovari mula merangsang pembentukan folikel-folikel selalunya bermula dengan 20 folikel kecil yang dengan perlahan akan menjadi lebih besar diameternya beberapa hari kemudian.

Walaubagaimanapun, cuma satu sahaja dari folikel ini yang akan menjadi semakin besar dan matang dan seterusnya pecah mengeluarkan telur.

Ovulasi

Ovulasi adalah proses untuk mengambarkan saat dimana telur dikeluarkan dari ovari. Pada masa ini, hormon estrogen menjadi tinggi merangsang satu lagi hormon yang dirembeskan dari otak iaitu LH menyebabkan folikel pecah dan keluar dari ovari. Ia selalunya berlaku 14 hari selepas haid pertama sekiranya kitaran anda 28 hari. ( Disinilah lahirnya LH kit). Sekiranya kitaran haid anda 32 hari, telur selalunya akan keluar pada hari ke 18 dari hari pertama haid anda.

Masa inilah anda dalam keadaan subur sekali dan berkemungkinan besar akan hamil sekiranya pada masa yang sama anda bersama dengan suami anda.

Hormon progesterone pula yang dirembes oleh ovari selepas ovulasi akan menyebabkan dinding rahim iaitu endometrium menebal sebagai persiapan untuk menyambut kehadiran telur yang bakal disenyawakan.

Hormon estrogen yang tinggi pula menyebabkan berlaku rembesan yang banyak dari kelenjar serviks yang bertukar menjadi lebih licin dan jernih ( seperti putih telur). Perubahan ini terjadi untuk memudahkan perjalanan sperma dari faraj, ke rahim dan seterusnya ke salur fallopian.

Apabila telur dilepaskan dari ovari, ia akan bergerak perlahan lahan di sepanjang salur fallopian dan sekiranya tiada persenyawaan, telur akan terlerai semasa di dalam rahim.

Dinding rahim yang menebal untuk persiapan persenyawaan tadi tidak lagi diperlukan dan akan gugur disebabkan hormon progesteron yang turun secara mendadak ( selepas 14 hari dari tarikh ovulasi) dan dinding rahim tadi akan menjadi darah haid dan kitaran haid baru bermula.

Sebab itulah ujian progesterone dibuat pada hari ke 21 sebagai salah satu ujian infertiliti untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Ujian LH /FSH pula dibuat untuk menentukan samada terdapat keseimbangan hormon ini pada hari ke 2 atau ke 3 kerana jika tiada keseimbangan, besar kemungkinan folikel gagal matang dan ovulasi tidak berlaku.

Apa yang berlaku sekiranya berlaku persenyawaan?

Sekiranya telur bersenyawa, ia dengan perlahan lahan akan berjadi embryo dan bergerak dari salur fallopian kearah rahim.  Selepas 1 minggu dari tarikh telur dilepaskan, ia akan memasuki dinding rahim yang menebal tadi dan implantasi berlaku.

Pada masa ini hormon HCG akan dirembeskan dan hormon inilah akan dikesan semasa ujian air kencing atau darah .

Advertisements

5 thoughts on “Fahami Sistem Reproduksi Anda

  1. norlida April 2, 2016 / 1:15 pm

    Salam doktor bolehkah sy subur 3 hari sebelum my next period . ..

    • drju April 3, 2016 / 10:34 am

      dah tak subur

    • drju Mei 7, 2016 / 8:30 am

      Tidak subur telur dah keluar

  2. Aish September 22, 2016 / 11:56 pm

    Salam dr.sy nk tnya adakah waktu subur mmg ikut kiraan atau hormon dlm bdn? Kitaran haid sy slalu 28 atau 29. Tp waktu subur sy test hari ke 10 dan 11 .bkn 14 atau 15.

    • drju Oktober 10, 2016 / 5:36 pm

      kalau ujian LH menunjukan puan subur pada hari 10 dan 11, ia boleh dikatakan tepat. eloklah bersama pada waktu subur tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s