Jangkitan Chicken Pox Semasa Hamil
Apabila anda sudah hamil, semestinya anda akan memastikan yang kandungan anda dalam keadaan yang sihat tetapi kadang kala ia bukan sesuatu yang senang kerana wanita hamil kerap terdedah kepada risiko […]
Info Kehamilan dan Sakit Puan
Apabila anda sudah hamil, semestinya anda akan memastikan yang kandungan anda dalam keadaan yang sihat tetapi kadang kala ia bukan sesuatu yang senang kerana wanita hamil kerap terdedah kepada risiko […]
Apabila anda sudah hamil, semestinya anda akan memastikan yang kandungan anda dalam keadaan yang sihat tetapi kadang kala ia bukan sesuatu yang senang kerana wanita hamil kerap terdedah kepada risiko jangkitan kuman. Chicken pox disebabkan oleh virus yang sangat senang dijangkiti dan boleh memberikan kesan sekiranya anda dijangkiti semasa hamil.
Chicken pox adalah jangkitan virus yang dipanggil varicella. Selepas dijangkiti, wanita selalunya akan mengalami ruam yang kemerahan dan berbentuk seperti jerawat. Sebelum itu, pesakit selalunya akan mengalami demam dan sakit seluruh badan. Selalunya Chicken pox dijangkiti semasa zaman kanak kanak tetapi segelintir daripadanya kurang immuniti dan mendapat jangkitan semula semasa dewasa. Kajian menunjukkan 95% dari wanita apabila menjangkau dewasa sudah kebal terhadap jangkitan ini.
Sekiranya anda pernah mendapat Chicken pox peluang untuk mendapat Chicken pox sekali lagi sangat rendah
Sekiranya anda tidak pernah mendapat Chicken pox, anda mempunyai risiko untuk dijangkiti virus ini dan perlulah sedaya upaya untuk mengelak dari mereka yang mengalami jangkitan Chicken pox.
Sekiranya anda kurang pasti samada anda pernah dijangkiti, doktor boleh membuat ujian darah untuk memastikan samada anda mempunyai antibodi terhadap Chicken pox. Sekiranya ada anda adalah imun terhadap jangkitan ini.
Samada bayi anda akan dijangkiti dan setakat mana kesan terhadapnya bergantung kepada usia kehamilan anda.
Jenis kecacatan adalah: parut, masalah penglihatan, tumbesaran terbantut, saiz kepala yang kecil dan kecacatan otak
Sekiranya anda pernah mendapat chicken pox, jangan risau kerana risiko untuk anda mendapat chicken pox adalah sangat kecil.
Sekiranya anda tidak pernah mendapat chicken pox sebelum ini dan anda hamil, anda boleh mendapatkan injeksi iimmunoglobulinsekiranya anda “in close contact” dengan pengidap chicken pox
Sekiraya anda mendapat vaksin chicken pox anda perlu memastikan yang anda tidak hamil 3 bulan selepas injeksi.
Boleh tetapi ia sangat jarang berlaku. Ia mungkin berlaku kepada mereka yang kurang daya imuniti dan kepada mereka yang merasakan diri mereka pernah dijangkiti tetapi sebenarnya bukan dan cuma ruam biasa sahaja.