Threatened Miscarriage atau Kehamilan Tergugat

janin-7-minggu

Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami.

Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran.

Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan tergugat  atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakkan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan tergugat atau Threatened Miscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggarkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simtom

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:

  • Merah pekat
  • Merah cair
  • Coklat
  • Kadang-kadang sangat sedikit
  • Kadang-kadang berketul darah
  • Sakit belakang
  • Sakit pada ari-ari

Sebab berlaku kehamilan tergugat

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:

  • Jangkitan kuman pada faraj
  • Polip pada pangkal rahim
  • Hamil di luar rahim
  • Cancer pangkal rahim

Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

  1. Tunggu dan lihat: Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.
  2. Kurangkan aktiviti yang lasak: Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.
  3. Ubat Progesterone: Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.
  4. Tenangkan fikiran: Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan tergugat  atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.

8 thoughts on “Threatened Miscarriage atau Kehamilan Tergugat”

  1. Salam Doc.. Saya ada pertanyaan. Usia kandungan saya sekarang dah 10 minggu 6 hari dan saya mengalami bleeding sejak 2 hari. Hari pertama bleeding agak banyak Dan berwarna merah cair. Kemudian diikuti dengan brown spot. Saya dah mendapatkan rawatan emergency di HUKM Dan doc memberitahu keadaan ini dipanggil Threatened Miscarriage. Doc Sarankan saya untuk tidak membuat Kerja Berat Dan bed rest. Doc beri ubat kuatkan rahim Selama 2minggu. Pada harini,hari ke2,berlaku brown spotting lagi. Adakah keadaan ini normal?

    1. Jgn risau. Sekiranya cuma spotting kandungan selalunya selamat. Tunggu 2 minggu kalau tumbesaran dan jantung aktif kandungan puan dlm keadaan yg memuaskan. Sekiranya darah menjadi merah dan bleeding menjadi lebih heavy elok puan berjumpa dgn doktor puan semula secepat mungkin

  2. Assalamualaikum doc…sy ada pertanyaan berkaitan perkembangan janin..mengikut tarikh last period sy (15/4/2017), kalau mengikut kiraan dr LMP usia kandungan sy ialah 9 minggu…tetapi semalam sy scan d specialist (18/jun/2017).perkembangan dan size janin menunjukkan 6w1d…..dah masih belum kelihatan heartbit…doc sarankan sy utk tunggu lagi seminggu..adakah ini normal doc?..kiraan LMP dan scan brbeza?
    Sy tidak ada spottng atau bleeding..hnya mual2 dan muntah tetapi jarang*

    Terima kasih doc..

    1. normal kalau ada perbezaan kerana mungkin ovulasi puan lewat 2 minggu tapi pada 6 minggu, janin selalunya sudah menunjukkan degupan jantung melalui pemeriksaan san faraj. sila lihat video ini https://vimeo.com/184125391
      walau bagaimanapun elok tunggu seminggu lagi.

  3. saya nak tanya, saya baru bernikah 27/7/2018 ..dari awal tahun 2018, saya datang period, 27 hari bulan, cuma bulan 7, saya datang 14 hari bulan. dua hari 3 hari selepas bernikah, ada sedikit darah ..bulan 8, 1st day period saya, 20/8 .bulan 9, saya lansung xkeluar period .start 1 & 2 /10, saya ada spot blood .setitis dua je.1 hari, sekali spot blood..semalam, saya check, negative .. adakah kdg2 berlaku perubahan hormon macam ni?

  4. Assalam doktor,ada kemungkinan tak dengan memasukkan spekulum boleh mencederakan bahagian dalam tu?atau boleh menyebabkan bengkak?
    Sebab selepas buat prosedur tu termasuk scan bawah,sakit ari2 xberkurang malah keesokan hari keluar darah merah bersama lendir serta terasa semacam keras ari2 kanan ,
    .risau kalau bengkak atau ada luka sbb waktu masukkan spekulum tu doktor masukkan kedalam dan last tolak dalam tu saya rasa sakit.saya check ke hospital sbb ada darah coklat keluar..

    1. mostlikely bukan sebb speculum. tapi elok jumpa doktor. mungkin puan ada jangkitan kuman yang menyebabkan puan berdarah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: