Apakah itu GBS ( Group B Streptococcus) ?

2
GBSGBS adalah salah satu dari ribuan bakteria yang ada di dalam badan kita. Ia biasanya tidak menyebabkan kemudaratan. Ia dianggarkan bahawa satu dalam 4 wanita hamil membawa GBS dalam sistem usus atau vagina mereka. Ia dipanggil kolonisasi oleh GBS.

Di saat melahirkan bagi ibu yang mempunyai GBS, bayi akan terdedah dengan kuman GBS tetapi kebanyakan dari bayi tidak akan dijangkiti  dan dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah.

Walaubagaimanapun, segelintir kecil dari bayi yang dijangkiti akan mengalami masalah serius dan perlu mendapatkan rawatan selepas dilahirkan. Teruskan membaca

10 kebaikan kelahiran cesarean elektif yang mungkin anda tidak tahu.

bbKelahiran secara caesarean menjadi semakin popular kebelakangan ini, kalau 10 tahun dahulu ia cuma sekitar 15%, hari ini kadar sudah meningkat dua kali ganda dan mungkin setinggi 50% sekiranya kelahiran berlaku di hospital swasta.

Walaupun kelahiran cesarean lebih berisiko berbanding dengan kelahiran normal, kelahiran cesarean yang dibuat secara elektif ( Planned Caesarean) sebenarnya mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Diantaranya: Teruskan membaca

Pedih Ulu Hati Semasa Hamil

Pedih Ulu Hati, juga dikenali sebagai gastroesophageal penyakit refluks (GERD) adalah disebabkan oleh isi kandungan perut yang undur ke belakang sehingga ke dalam esofagus, iaitu salur pemakanan yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Apabila ini berlaku, asid perut memberi iritasi kepada lapisan esofagus menyebabkan anda rasa pedih dan seperti terbakar pada ulu hati. Ia berlaku pada sesetengah daripada wanita hamil dan kerap dikelirukan dengan simtom penyakit jantung. Teruskan membaca

Kehamilan Luar Rahim ( Ektopik)

Salah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).

Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan.

Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

Gejala dan Tanda

Tanda-tandanya agak sama dengan keguguran biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu perihatin dan menganggap ia sesuatu yang ringan. Tanda-tandanya ialah:

  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.

Sekiranya gejala begini berlaku, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin.

Risiko untuk kehamilan luar rahim

Risiko yang paling penting yang menjurus kepada kehamilan diluar rahim ialah salur fallopian yang rosak.

Anda berisiko tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan dan pernah menjalani prosedur yang melibatkan salur fallopian.

Jangkitan kuman dan surgeri pada pelvis meninggikan risiko anda untuk mendapatnya. Pembedahan ikat atau tubal ligation juga boleh menambahkan risiko mengandung luar rahim.

Lain-lain faktor yang meninggikan risiko anda termasuklah:

  • Sekiranya anda mempunyai kandungan luar rahim sebelumnya.
  • Sekiranya anda pernah mengalami radang pelvis
  • Sekiranya anda pernah mendapat rawatan kesuburan
  • Sekiranya anda mengalami endometriosis
  • Sekiranya anda mengamal IUD sebagai alat kontrasepsi.

Diagnosa

Sekiranya anda mengalami gejala dan tanda (symptom) seperti di atas, doktor akan membuat beberapa ujian seperti ujian air kencing untuk mempastikan samada anda benar-benar hamil atau tidak. Sekiranya positif, ujian hCG akan dibuat dan membandingkan tahapnya dengan umur sebenar kandungan anda. Jika tahapnya rendah dari yang sepatutnya ada kemungkinan anda hamil di luar rahim.

Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pelvis dan cuba penilaian mana yang tidak normal. Ujian ultra-bunyi juga penting dan sekiranya terdapat tanda seperti pendarahan dan karung di luar rahim, berkemungkinan besar anda hamil di luar rahim. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tanda-tanda ini tidak begitu jelas dan ini boleh memberi kepada diagnosa yang salah.

Rawatan

Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Harapan kehamilan pada masa depan

Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim bimbang tentang peluang untuk hamil secara normal terjejas. Sesungguhnya kehamilan luar rahim boleh meninggikan risiko untuk mendapat komplikasi yang sama pada masa hadapan. Tetapi ramai juga di antara wanita ini yang berjaya hamil seperti biasa dan mendapat anak setahun selepas itu.

Sekiranya sistem peranakan rosak dengan teruk, samada disebabkan oleh kehamilan di luar rahim atau pembedahan untuk merawatnya, kesuburan anda mungkin terganggu. Berbincanglah dengan doktor anda tentang peluang anda untuk hamil.

Masalah Yang Dijangka Pada Lewat Kehamilan

Anda sudah memasuki trimester ke 3 dan sekarang  terdapat cuma tinggal beberapa minggu lagi untuk anda melangkah ke alam seterusnya. Anda sudah mula merasa cemas dan berdebar berbaur dengan rasa gembira kerana penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. Dalam masa yang sama anda juga mungkin mengalami perlbagai masalah baru yang sebelum ini tidak anda alami semasa awal kehamilan. Jangan takut kerana kebanyakkan terjadi dari fisiologi kehamilan yang normal. Teruskan membaca

6 Tanda Hamil Yang Anda Perlu Risau

hamilKehamilan melibatkan perubahan fisiologi tubuh dan kebanyakkan tanda tanda kehamilan berpunca dari rembesan hormon yang dikeluarkan oleh uri. Rasa mual, muntah sekali sekala, sengal perut dan pening merupakan sebahagian dari sakit sakit ringan yang kerap terjadi dan sesuatu yang anda tidak perlu risau. Walaubagaimanapun, terdapat juga tanda tanda kehamilan yang wanita fikir ia adalah simtom kehamilan biasa tetapi sebenarnya adalah sesuatu yang serius. Berikut adalah tanda tanda amaran yang anda perlu risau dan perlu segera berjumpa doktor sekiranya ia terjadi. Teruskan membaca

Pecah Ketuban Sebelum masa

Pecah ketuban sebelum masa terjadi apabila karung air ketuban yang menyelubungi bayi pecah dan bocor. ia lebih kerap terjadi pada saat melahirkan, tetapi sekiranya ia berlaku kurang dari 37 minggu dan didapati tiada tanda-tanda melahirkan ia dipanggil PROM atau Premature Rupture of Membrane.

Adakah saya perlu di induce’?

Sekiranya PROM berlaku pada usia kandungan sudah matang, doktor anda mungkin akan menyarankan untuk menunggu selepas 24 jam kerana didapati 80% akan melahirkan tanpa perlu di induce. Menunggu lebih dari 24 jam akan meninggikan risiko jangkitan kuman dan tidak disarankan. Teruskan membaca

Air Ketuban Kurang

Saya sekarang hamil  35 minggu. Semasa ujian Ultrasound terakhir, doktor mengatakan yang air ketuban saya kurang. Adakah saya perlu risau?

Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Air ketuban memberikan ‘cushion’ dan melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.

Air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim. Teruskan membaca

Uri Berkedudukan Rendah (Placenta Previa)

Uri adalah organ yang terdapat didalam rahim wanita hamil, bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi dari ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal ialah apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh dari kawasan dimana bayi sepatutnya keluar dari rahim.  Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

Teruskan membaca