10 Cara untuk Mencegah Jangkitan Yis pada faraj

yisJangkitan yis pada yis sangat kerap terjadi dan merupakan salah satu masalah utama lawatan wanita ke klinik pakar sakit puan. Setiap wanita berisiko akan mengalami jangkitan yis ini sekurang kurangnya sekali seumur hidup. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, ia mungkin terjadi dengan lebih kerap kadang kadang 2-3 kali setiap bulan. Gejala-gejala jangkitan yis termasuklah, lelehan faraj keterlaluan yang berbau busuk, kegatalan dan rasa pedih sekitar faraj.
Walaupun anda tidak boleh mengelakkan 100% dari mendapat jangkitan yis, anda boleh mengurangkan risiko anda jangkitan ini dengan mengamalkan garis panduan ini: Teruskan membaca “10 Cara untuk Mencegah Jangkitan Yis pada faraj”

Jangkitan Kulat atau Yis Pada Faraj

yis

Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil. Teruskan membaca “Jangkitan Kulat atau Yis Pada Faraj”

Lelehan faraj Semasa Hamil

Adakah anda perasan yang anda mempunyai lelehan faraj yang berlebihan semasa hamil? Jangan bimbang, keadaan ini adalah normal.

Lelehan faraj normal atau vaginal discharge akan kelihatan agak keputihan, tidak berbau atau sedikit berbau. Walaupun ia mengalir dengan kuantiti yang lebih banyak semasa hamil, ia kelihatan seperti lelehan yang keluar beberapa hari sebelum anda datang haid. Hormon estrogen yang banyak dikeluarkan oleh uri dan bertambahnya aliran darah disekitar faraj adalah punca kepada fenomena ini.

Anda akan dapati ia akan bertambah dengan banyak sepanjang kehamilan anda. Pada saat-saat akhir kehamilan, anda mungkin akan mengeluarkan plug mukus yang tebal yang membawa isyarat yang kelahiran sudah dekat. Teruskan membaca “Lelehan faraj Semasa Hamil”

Radang Pelvis (PID)

Sekiranya anda sukar hamil dan sejak kebelakangan ini anda mengalami sakit perut dan keputihan yang berbau, anda mungkin mengalami radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID).

Radang pelvis disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyerang sistem peranakkan wanita termasuk salur fallopian, rahim dan ovari. Ia banyak terjadi kepada mereka yang aktif dengan hubungan seks rambang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Jangkitan kuman ini juga boleh berlaku semasa kelahiran dan keguguran. Teruskan membaca “Radang Pelvis (PID)”

Jangkitan Toxoplasmosis Semasa Hamil

Toxoplasmosis ialah jangkitan parasit Toxoplasma Gondii yang disebar oleh kucing yang memakan tikus. Risiko mendapat jangkitan dengan mencuci najis kucing belaan adalah rendah kerana kucing rumah jarang mendapat jangkitan kecuali ia membuang najis diluar rumah yang di kongsi bersama dengan kucing liar lain. Teruskan membaca “Jangkitan Toxoplasmosis Semasa Hamil”

Jangkitan Kuman Semasa Hamil

Jangkitan kuman adalah sesuatu yang biasa terjadi. Kehamilan pula adalah masa dimana sesetengah jangkitan adalah lebih kerap terjadi dari biasa dan boleh membawa risiko kepada dirinya dan anak didalam rahim.

1. Demam Selsema Dan Batuk

Kerap terjadi semasa hamil tetapi tidak merbahaya kepada kandungan. Rawatan termasuklah minum air lebih dari biasa dan banyakkan berehat. Ubat selsema adalah selamat dan panadol boleh diambil sehingga 1 gram 4 kali sehari jika perlu. Sekiranya batuk semakin menjadi-jadi dan kahak bertukar menjadi kehijauan, anda sudah dijangkiti kuman dan memerlukan rawatan antibiotik. Kebanyakkan ubat antibiotik yang selamat untuk dimakan semasa hamil tetapi beritahu doktor anda yang anda sedang mengandung. Teruskan membaca “Jangkitan Kuman Semasa Hamil”

Jangkitan Chicken Pox Semasa Hamil

chickenpoxApabila anda sudah hamil, semestinya anda akan memastikan yang kandungan anda dalam keadaan yang sihat tetapi kadang kala ia bukan sesuatu yang senang kerana wanita hamil kerap terdedah kepada risiko jangkitan kuman. Chicken pox disebabkan oleh virus yang sangat senang dijangkiti dan boleh memberikan kesan sekiranya anda dijangkiti semasa hamil. Teruskan membaca “Jangkitan Chicken Pox Semasa Hamil”

Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.

Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang

  • Uri yang tidak normal
  • Masalah pangkal rahim yang longgar
  • Jangkitan kuman pada sistem peranakkan
  • Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
  • Masalah pada bayi dalam kandungan

Teruskan membaca “Kelahiran Pra-Matang”

Penyakit Kelamin (STD)

Penyakit Kelamin atau Sexually Transmitted Diseases (STD) adalah jangkitan yang berpunca dari hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada perut ari-ari , sakit semasa seks, gatal faraj dan sebagainya. Sesetengah STD sangat serius dan boleh membahayakan nyawa. Kebanyakkan STD berlaku pada kalangan wanita muda iaitu 20-30 tahun.

Bagaimana ia berjangkit

Ia berjangkit melalui hubungan seks ataupun melalui cecair badan. Contoh-contoh transmisi jangkitan termasuk:

  • Seks melalui faraj
  • Seks melalui oral
  • Bersentuh dengan cecair yang mengandungi kuman pada kulit luka
  • Bersentuh dengan air mani, darah atau air kencing
  • Mengunakan jarum dadah yang sama

Teruskan membaca “Penyakit Kelamin (STD)”