Perbaiki diet anda
Teruskan membaca “Mencuba Untuk Hamil? 5 Perubahan Besar Yang Perlu Dibuat Pada Diet Anda”
Teruskan membaca “Mencuba Untuk Hamil? 5 Perubahan Besar Yang Perlu Dibuat Pada Diet Anda”
Memang sukar untuk meneka dengan tepat bilakah seseorang wanita itu akan hamil. Faktor-faktor seperti usia, kesihatan badan secara umum, kesihatan sistem peranakan dan kekerapan melakukan hubungan seks memberi pengaruh yang besar terhadap peluang untuk anda mengandung.
Teruskan membaca “Berapa lamakah masa diambil untuk saya hamil?”
Untuk mendapat keputusan ujian yang positif, tubuh kita harus mempunyai hormon HCG ( hormon kehamilan) yang cukup untuk untuk membuatkan ujian UPT menjadi positif.
Walaubagimanapun, tidak semua alat UPT dipasaran boleh mengesan kehamilan pada jumlah hormon HCG yang sama.
Ada yang lebih sensitif dengan kandungan hormon yang sedikit, jadi ia lebih tepat. Sekiranya keputusan hanya menunjukkan jalur yang samar, kemungkinan ia bukanlah satu kit ujian yang sensitif.
Teruskan membaca “Ujian air kencing saya menunjukkan tanda samar. Adakah saya hamil?”
Hampir setiap wanita yang mencuba untuk hamil ingin mengetahui bilakah hari mereka yang paling subur. Hari subur adalah hari dimana anda mengalami ovulasi iaitu pada hari telur akan dikeluarkan oleh ovari. Sekiranya anda membuat hubungan seks pada waktu ini, peluang anda menjadi hamil menjadi tinggi.
Terdapat pelbagai kaedah untuk mengesan dan meramal hari ovulasi yang boleh dibuat di rumah seperti dengan mengesan mukus serviks, membuat carta suhu badan basal dan mengunakan Kit ovulasi. Teruskan membaca “Menentukan Hari Ovulasi Anda”
Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Sekiranya berlaku keguguran, sebelum tarikh haid anda yang akan datang, ia dipanggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia.
Disebabkan ia gugur terlalu awal, ujian ultrasounds selalunya gagal mengesan kehamilan ini dan satu satunya cara untuk mengetahui dengan tepat ialah mengukur tahap hormon hCG dalam darah.
Kadang kadang ujian air kencing juga boleh mengesan kehadiran kehamilan kimia ini tetapi bergantung kepada tahap sensitiviti UPT tersebut. Teruskan membaca “Kehamilan Kimia dan Kesuburan”
Jika satu sperma sahaja yang perlu untuk menghasilkan satu bayi, kenapa seorang lelaki memerlukan jutaan sperma untuk satu kehamilan ? Berapa lama ia hidup dan bagaimana untuk menghasilkan sperma yang sihat adalah diantara soalan yang kerap ditanya. Alamhamil akan cuba mengurai persoalan penting ini.
Ia sebenarnya bergantung kepada beberapa fakta. Yang paling penting ialah dimana sperma tersebut berada. Sekiranya ia terlekat pada pakaian atau kain, sperma selalunya akan mati sebaik sahaja air mani menjadi kering. Sekiranya sperma berada didalam air atau tub mandian, ia mungkin akan hidup lebih lama terutama kalau air agak suam.
Walaubagaimanapuan untuk kehamilan disebabkan sperma masuk kedalam faraj wanita semasa berendam dalam tub yang mengandungi sperma hampir tidak mungkin berlaku..
Dalam badan wanita selepas ejakulasi didalam faraj, sperma boleh hidup sehingga 5 hari. Sekiranya anda bersama beberapa hari sebelum ovulasi terjadi, kemungkinan anda untuk hamil adalah tinggi. Teruskan membaca “Sperma – Soalan Kerap Ditanya”
Apabila wanita sudah mencapai usia 30’an, mereka akan mengalami kekurangan tahap kesuburan. Sebahagiannya mungkin disebabkan oleh:
Selepas ejakulasi, sperma terdedah kepada udara apabila tercalit pada pakaian, cadar atau tempat duduk. Ia akan kehilangan upaya berenang dengan serta merta dan mati dengan cepat sekiranya air mani menjadi kering.
Di dalam faraj wanita, kebanyakan sperma mati dalam tempoh kurang daripada 30 minit tetapi dalam rahim, pangkal rahim dan tiub fallopian, sperma boleh hidup sehingga 5-6 hari.
Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijirin. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) ,otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.
Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi: