
Fibroid Rahim adalah ketulan tidak normal yang tumbuh dalam atau pada dinding rahim. Ia bukan sejenis kanser tetapi ia penyakit yang kerap terjadi pada wanita berusia di antara 30 hingga 40 tahun.
Fibroid kebanyakannya tidak memberikan sebarang gejala dan ia kerap ditemui secara tidak sengaja iaitu selepas penyiasatan perubatan yang lain.
Punca fibroid terjadi masih belum diketahui. Fibroid boleh memberikan pelbagai gejala termasuk pendarahan haid yang banyak dan senggugut tetapi ia boleh memberikan kesakitan atau senak yang kronik terutama pada bahagian pelvis seperti:
- Senak perut berterusan
- Sakit semasa hubungan seks
- Sakit semasa kencing dan buang air besar.
- Sakit belakang
Bagaimana diagnosa Fibroid dibuat?
Fibroid dapat dikesan oleh ultrasound, MRI atau CT scan. Ia juga boleh dikesan semasa Hysteroscopy dan Hysterosalpingogram ( HSG).
Rawatan Fibroid
Fibroid selalunya akan dirawat jika ia memberikan masalah terutama apabila ia boleh mengganggu kehidupan harian wanita. Sakit dan pendarahan haid yang banyak serta berpanjangan merupakan sebab utama kenapa fibroid perlu dibuang.
Ubat-Ubatan
Ubat Penahan Sakit seperti Ponstan dan Panadol boleh mengawal kesakitan yang ringan. Pesakit juga boleh mencuba Rawatan Pil Hormon tetapi kesannya cuma sederhana dalam mengawal kesakitan.
Pembedahan
Myomectomy – pembedahan membuang fibroid atau histerektomi selalunya disarankan sekiranya rawatan tidak tidak berkesan.
Tinggalkan Jawapan kepada drju Batal balasan