Bagaimana Untuk Memaksimakan Kesuburan Anda

maksimakan.jpg

Pertama sekali anda harus memahami bagaimana badan kita berfungsi, bila saat yang paling subur untuk hubungan seks dan bila perlu mendapatkan rawatan.

Kehamilan sebenarnya bergantung kepada beberapa kejadian penting. Setiap bulan, kelenjar pituitari yang terletak pada otak akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan merangsang ovari untuk mengeluarkan telur. Proses ini dipanggil ovulasi. Ini berlaku selalunya pada hari ke 14-16 haid anda. Teruskan membaca

Pil Perancang dan risiko di awal kehamilan

pil

Soalan
Adakah pil perancang boleh menyebabkan kecacatan janin jika diambil semasa awal kehamilan?

Jawapan:

Setakat ini tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan pil perancang yang diambil secara tidak sengaja semasa awal kehamilan meningkatkan risiko kecacatan janin.

Satu kajian dalam tahun 2009 menyarankan bahawa terdapat peningkatan risiko kearah bayi kurang berat badan dan juga kelahiran pra-matang.

Ia juga secara teori dikaitkan dengan masalah tumbesaran organ seksual janin perempuan tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh secara klinikal yang mengaitkan pil perancang dengan komplikasi-komplikasi diatas. Teruskan membaca

Fakta Ovulasi

ovulasi

Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan.
Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi. Teruskan membaca