Kata Tidak Kepada Episiotomi

Surgery InstrumentsEpisiotomi adalah hirisan yang dibuat pada faraj di saat saat terakhir kelahiran bayi. Hirisan dibuat diantara dubur dan bukaan faraj dengan harapan dapat mengelak dari luka yang lebih besar dan sampai ke rektum ( usus besar).

Di Malaysia, prosedur episiotomi memang kerap dilakukan terutama untuk kehamilan pertama, tetapi setakat ini tidak bukti yang menunjukkan ia memberikan manfaat malahan ia dikatakan boleh menyebabkan koyakan yang lebih besar, mengikut kajian terbaru.

Sebelum ini episiotomi dikatakan menyediakan kebaikan berikut: Teruskan membaca

Pendarahan Selepas Hubungan Seks

Soalan: Saya berusia 28 dan sudah berkahwin selama 1 tahun. Saya mengalami pendarahan faraj setiap kali hubungan seks, adakah tanda barah pangkal rahim (serviks)?

Jawapan:
kanser-cervixPendarahan faraj dan ketidakselesaan selepas hubungan seks boleh menjadi petanda barah pangkal rahim. Walaubagaimanapun, pada 28 tahun risiko untuk mendapat barah serviks agak rendah tetapi ia bergantung kepada bila anda mula melakukan hubungan seks. Dalam kes ini anda sudah berkahwin selama 1 tahun jadi kemungkinan ia bukan gejala barah kerana sel sel serviks mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk bertukar menjadi sel kanser.
Teruskan membaca

Haid saya teratur tetapi mengapa saya masih belum hamil ?

embrioJadi, anda telah cuba untuk hamil berbulan bulan lamanya, tetapi belum ada rezeki. Haid anda tetap dan anda membuat hubungan seks dengan kerap. Anda tertanya tanya, apa sebenarnya yang berlaku?

Tidak berovulasi ( tidak bertelur)  adalah penyebab utama kenapa wanita sukar hamil, tetapi sekiranya haid anda teratur sudah jelas anda mengalami ovulasi (bertelur) setiap bulan. Teruskan membaca

Haid Tidak Teratur dan Sukar Hamil

imagesTidak bertelur atau tidak OVULASI ( ANOVULASI)  merangkumi 30-40% sebab kenapa wanita gagal hamil. Gejala ANOVULASI  ini termasuklah:

  •  Haid tidak teratur dengan kitaran kurang dari 21 hari dan melebihi 35 hari
  • Haid yang datang sedikit sedikit tetapi lambat habis
  • Haid yang kerap seperti 2 kali sebulan
  • Haid yang tidak datang berbulan bulan sehingga bertahun tahun
  • Haid yang bermula dengan aliran darah kehitaman yang lama, berhenti dan datang balik beberapa hari kemudiannya.
  • Haid yang lama tidak datang seperti berbulan bulan dan kemudiannya apabila ia datang, aliran didapati terlalu banyak dan kerap disertai dengan senggugut.
  • Haid yang datang sedikit sedikit dan tidak habis habis sehingga berbulan bulan lamanya.

Teruskan membaca

Polip Endometrium

Apa itu Polip Endometrium?

polip-endoPolip Endometrium adalah ketumbuhan rahim yang kerap berlaku di kalangan wanita khususnya ada usia reproduktif iaitu 20-30’an. Ia adalah salah satu sebab pendarahan haid yang tidak normal. Polip terjadi apabila lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh dengan cepat dan menjadi bengkak. Polip Endometrium selalunya tidak merbahaya tetapi apabila ia dikeluarkan, ia akan dihantar ke makmal untuk kajian untuk mempastikan ia adalah 100% benign ( satu ketumbuhan bukan kanser). Teruskan membaca

Rasa Tegang Pada Perut. Adakah ia Tanda Sakit Bersalin?

bhPada lewat kehamilan, anda mungkin kerap merasa ketegangan pada rahim yang dikenali sebagai kontraksi Braxton Hicks. Tegangan atau kontraksi ini terjadi kerana ia adalah salah satu cara badan kita bersiap sedia untuk menyambut kedatangan kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks bukan tanda anda akan bersalin dalam masa terdekat, tetapi ramai wanita hamil menjadi keliru kerana kontraksi tersebut agak sama dengan tanda awal bersalin. Teruskan membaca