Tiada Haid (Amenorrhea)

Kebanyakan wanita akan mengalami haid setiap bulan. Ia memberikan tanda bahawa yang sistem peranakan anda dalam keadaan yang baik dan anda adalah seorang yang sihat. Walaubagaimanpun, ada juga wanita yang mengalami gangguan haid dimana, selama beberapa bulan haid tidak datang. Sekiranya ini terjadi lebih dari 5 bulan, anda akan dikatakan mengalami amenorrhoea.

Apa Itu Amenorrhea?

Amenorrhea merujuk kepada ketiadaan haid. ia adalah masalah yang agak kerap, pada 2-5% populasi wanita. Haid yang normal terjadi satu kali setiap 21-35 hari. Kedatangan Haid adalah disebabkan oleh tindakbalas hormon yang kompleks dalam badan kita. Semasa kita mengandung atau menopos, walaupun tiada haid ia adalah keadaan normal dan semula jadi. Selain dari itu, ia sama sekali tidak normal kemungkinan disebabkan oleh pelbagai faktor berbeza. Teruskan membaca “Tiada Haid (Amenorrhea)”

Endometriosis

Ia satu keadaan dimana tisu yang seakan sama dengan dinding rahim (endometrium) berada diluar rahim.Tempat yang paling biasa ditemui ialah pada ovari, belakang rahim dan juga pada organ-organ disekitarnya.Ia juga jarang-jarang boleh ditemui pada kawasan diluar pelvis sperti didalam paru-paru. Setiap kali anda mengalami haid, endometrium juga mengalami haid dan ini akan menyebabkan darah berkumpul pada kawasan tersebut menyebabkan radang, kerosakan dan parut yang teruk.

Ia sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan usia tapi lebih kerap terjadi kepada mereka yang beurusia 20-30an dan mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah yang sama.

Teori berkaitan endometriosis

Ada beberapa teori yang hangat diperkatakan berkaitan dengan endometriosis ini seperti:

Aliran Darah Haid Yang Terlanjak Kebelakang: Secara normal apabila haid berlaku, darah haid akan keluar melalui serviks dan vagina tetapi 70% dari wanita didapati mempunyai sedikit darah didalam salur fallopia dan didalam ruang pelvis dan darah tersebut mungkin mengandungi sedikit tisu endometrium. Tisu ini kemudiannya menjadi hidup dan endometriosis terjadi. Persoalan bagaimana ia cuma berlaku kepada segelintir wanita tidak dapat diperjelaskan tetapi ia mungkin berkaitan dengan sistem imun wanita dan daya tahan badan untuk mengelak dari mendapat endometriosis. Teruskan membaca “Endometriosis”

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Sekiranya anda seorang yang sukar untuk hamil, mengalami simtom seperti haid yang tidak teratur dan mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami PCOS.

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?

PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan. Teruskan membaca “Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)”